an announcement..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..lama dah tak menulis di sini..

insyaAllah dikesempatan ini saya ingin memberitahu bahawa blog ini telah saya disactivated fungsinya.
saya stop kan blog ini dari sebarang update atas sebab-sebab tertentu pada suatu masa yang lalu..

alhamdulillah..
kini saya telah membina satu blog yang baru..
sudi2 lah berkunjung di blog saya yang lagi satu ini..
moga ia nye juga dapat memberi manfaat..
maafkan atas salah silap..

blog baru saya...

Catatan Seorang Hamba - klik kat link ni yea...

tp seriously, saya rindu nak guna nama blog Sakeenah ni..T_T

hajat doa dari kalian..

the LAst One for SAkeenaH...

Bismillah..
in the name of Allah..
may Allah guide me to make this decision..

Satu kata2 yang ditulis di buku menjadi hamba Rabbani karangan Dr Majdi hilali..

Hassan Al-Bashri pernah berkata:

“ Orang yang cerdas adalah orang yang berfikir setiap kali berzikir…
Dan berzikir setiap kali berfikir..
Dengan demikian, kalbu mereka bersih, sehingga semua ucapan yang keluar dari lidah pasti mengandung hikmah..”
Berfikir setiap kali berzikir…berzikir setiap kali berfikir…kata2 mereka pasti mengandung hikmah..payah kan nak buat…tp yang payah ni laa yang hebat…

Kita pernah lalui saat kita mula solat, suasana dunia muncul di fikiran dan bermain-main di minda kita…ketika kita mulai membaca Al-Quran, hati kita melayang-layang ke tempat lain..rasa mcm nak cepat2 habis baca Al-Quran..atau ayat2 Allah yang kita baca, tak terkesan pun di hati..kita rasa sedih dengan keadaan diri kita yang tewas dengan ujian, sedih dengan kelesuan iman..kita pun cuba untuk rawat tapi tetap sahaja kita jatuh semula ke kondisi yang lama, jauh dari peribadi yang Allah cinta dan redha..kita berusaha lagi untuk rawat penyakit hati dan jiwa kita tapi kita tak terdaya nak minum pun ubatnya..

Rasa2 kenapa yea??apa sebab dan punca semua ni?? Bukankah dalam hati kita terdapat iman? Lalu, kenapa iman tak dapat nak mendorong kita lakukan amal dan menang dalam mujahadah nafsu???

Ini adalah sebab ada mata rantai yang terputus antara akal dan hati kita..macam Dr majdi hilali tulis..akal yang berfungsi utk membaca, mendengar dan merasa yakin, serta memberi syarat kepada hati. Sementara hati yang dipengaruhi isyarat akal, seringkali tidak mampu memerintah anggota tubuh untuk menunaikannya. Kerana hati telah tertawan dengan HAWA NAFSU dan CINTA DUNIA serta terikat dengan kenikmatan yang sementara di dunia dan terikat oleh SYAHWAT.

Dr Majdi Hilali tulis lagi…

Kita tidak akan mampu untuk melakukan apa2 yang dinginkan oleh Allah kecuali kita membebaskan diri dan hati dari belenggu kekuasaan hawa nafsu serta menyerahkan segalanya pada Allah.

Yang ini pun peringatan untuk diri saya juga…


Emm…

Pelik tak dgn tajuk saya di atas??

Setelah difikirkan sedalam-dalamnya..setelah minta pendapat dan berbincang dengan sahabat2 saya yang saya hormat dan kasih…Ini lah entry saya yang terakhir dalam blog Sakeenah ini..lepas ini, saya nekad untuk off dan tutup blog ini atas sbb2 tertentu…

Jazakillahu khairan Kathira buat sahabat sayangku, owner bingkisan huraiyah...sbb bersusah payah bantu saya bina blog ini…

Moga Allah kurniakan ganjaran yang besar buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. maaf andai blog ini tidak dapat beri apa2 kesan pun dalam peningkatan iman kalian. Segala yang lemah itu dari diri saya yang lemah dan serba kekurangan ini…

Akhir kata,

HAti yang makin lesu dan sakit haruslah cepat2 dirawat agar tidak bertambah kronik dan kritikal..

LET US REVIVE OUR HEART…LET US DEVELOP OUR SELVe!!!

Pohon doa dari kalian… ^^

sharing with you readers....

Sembangku bersama murabbi yang amat saya hormati dan kagumi pada satu hari.
“ cuba kita lihat pemuda sekarang. Kalau kita Nampak mereka berkumpul dan bersembang, cuba perhati apa yang mereka sembang. mereka sembang tentang CINTA…sembang tentang kawen2…sembang tentang pasangan yang diidamkan…bukan sembang tentang JIHAD…bukan juga tentang brapa ramai dah mad`u yang dah dapat.. bukan tentang bagaimana nak tingkatkan diri…mereka selalu kata kenapa hati ni macam dah jatuh cinta kat dia…tapi tak slalu kata kenapa hati ni tak jatuh cinta lagi kat Allah..”

Lantas saya tersenyum tanda setuju dengan apa yang beliau katakan… lesu sungguh pemuda sekarang…teramat lesu jiwanya…

Di situasi yang lain..saya sedang belajar bahasa arab.waktu itu saya belajar tentang kehidupan Imam Syafi`ie.. Imam Syafi`ie ialah salah seorang Imam mazhab yang terkenal dan kita memang kenal tokoh ini sbb kebanyakkan kita ikut mazhab syafi`ie.. apa yang unik dan dapat diambil sbg pengajaran ialah kerana terlalu sibuk  memperjuangkan Islam, mendalami ilmu untuk masa depan Islam.. Imam Syafi`ie tidak sempat nak bernikah..Allah izin Imam Syafi`ie meninggal di waktu umurnya masih muda. Beliau meninggal ketika umurnya awal 50 tahun. Dalam pelajaran Hadith 2 pun ustaz saya menceritakan lagi antara tokoh2 yang tidak sempat untuk bernikah semata sibuk untuk memperjuangkan Islam dan kebanyakan dari mereka meninggal dunia awal. Mungkin sbb itu juga mereka tidak sempat untuk bernikah dan mereka bukan sengaja untuk tidak bernikah.

Pemuda palestin juga pasti jiwa mereka penuh dengan semangat jihad dan kecintaan kepada Allah.. betul tak?? kalau tidak, tak kan mereka berani untuk mempertahankan Palestin walaupun  hanya batu sebagai senjata...

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah untuk  kita cek dan muhasabah kembali…betapa lesunya jiwa dan iman kita sebab kita hanya banyak memikirkan perkara-perkara yang tidak membangkitkan jiwa dan meningkatkan iman..kita tidak berbicara tentang sesuatu yang dapat meningkatkan iman..cuba cek balik tulisan2 kita, kata2 kita samaada dari percakapan seharian kita..hatta dalam facebook, blog atau medium yang lain..adakah kita banyak tulis tentang CINTA kepada manusia atau dunia atau sewaktu dengan nya..atau kita banyak tulis sesuatu yang dapat meningkatkan iman dalam diri??cuba cek..cuba muhasabah kembali…
kata2 kita..tulisan2 kita beri kesan sbenarnya untuk diri sendiri mahupun orang lain..

BANGKITLAH WAHAI PEMUDA PEMUDI ISLAM….USAH BIARKAN JIWAMU LESU…SYUYUKH2  RAMAI YANG RISAU TENTANG KELESUAN KITA…BANGKITLAH!!!!

Ada satu lagi yang saya nak kongsikan..saya terbaca artikel k.fatimah syarhah dalam majalah solusi…ini juga tentang CINTA sbenarnya..tapi saya tertarik..

“ Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.


Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah menjadi barakah. Bagaimanakah caranya?


Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankan? Dirimu belum bersedia untuk berumah tangga kan?dirimu sedang mempersiapkan dirikan? Dirimu sedang mengutamakan priority yang lebih pentingkan?


Kalau dirimu dalam situasi seperti ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ANGAU bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang ZINA HATI akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti2 yang boleh MEMBINA DIRI. “

Nak baca lagi, boleh baca di majalah solusi edisi 29.


Muhasabah diri kembali…


Hidupkan dan kuatkan hati yang kian lesu..


Ku pohon doa dari kalian..

Cukuplah cinta Allah dan Rasul dalam hati ku..
Cukuplah Cinta ummi, abah, adik2 ku serta sahabatku yang melengkapkan lagi hidupku buat masa ini...

Salam `Alaik..

ingin ku kongsi kan satu kata2...mungkin hanya kata-kata biasa tapi amat penting untuk kita muhasabah diri kita semula..

" kita seringkali lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah sering kurniakan pada diri kita tetapi kita sering mengeluh apabila ujian Allah datang sekali sekala dalam kehidupan kita "



maaf dari ku andai lama menunggu tulisan ku dikemas kini..
mungkin kerana masa yang penuh..
atau mungkin masa yang terluang tapi berat untuk ku menulis..
mungkin kerana dosa2 yang dilakukan samaada sedar atau tidak
membuatkan diri ini terhenti menulis buat seketika..
maaf..
maaf..
insyaAllah, lepas ini saya cuba untuk selalu update..
walaupun tak panjang berjela-jela..
sedikit kata-kata yang saya dapat, akan saya kongsikan insyaAllah..
maaf lagi dari saya..
pohon doa dari kalian yang sudi melayari dan membaca tulisan saya yang tak seberapa ini... (~_~)

Make ur Heart Free!!!

     " Try to pass your mornings and evenings in a state where your  heart is free from                   all ill-feelings, jealousy and hatred for everyone...and remember this is my sunnah and he who loves my sunnah (and done it in life) will be with me in paradise.. "


tak senang kan nak buat?? it hard to accomplish this sunnah..
tp yang susah  laa yang bg ganjaran yang tinggi pada kita..
so, try make our heart free!!!

Talesmia; penyakit genetik

teringin nak kongsi sbb penyakit ni ramai yang pandang remeh..


TALASEMIA: Penyakit Genetik Yang Membawa Maut


sel darah merah
Oleh : Aina Suraya Selamat
UKM Bangi
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan. Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.
Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenai nya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.
Kesedaran orang ramai tentang Talasemia? Terdapat pelbagai kempen yang dijalankan untuk memberikan informasi mengenai Talasemia kepada orang ramai. Namun, masih terdapat ramai lagi termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.  Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Talasemia ini, corak penyampaiannya perlulah lebih kreatif dalam member informasi tentang Talasemia dan sekaligus menerangkan tentang langhkah-langkah yang perlu  diambil untuk mengatasinya serta seterusnya dapat mencapai matlamat kempen. Dalam konteks ini, media elektronik seperti televisyen dan radio dilihat lebih sesuai sebagai medium penyampaian kerana lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen-kempen mengenai Talasemia ini juga perlu diadakan dengan kerap di sekolah-sekolah serta IPT seluruh Malaysia kerana rata-ratanya merupakan pelajar yang belum lagi menginjak ke isntitusi perkahwinan dan masih sempat untuk mengelakkan lahirnya anak yang menghidap Talasemia major. Untuk menjayakan kempen ini, pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan atau pun NGO perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen.
Di samping kempen-kempen untuk mencegah Talasemia, bantuan kepada pesakit Talasemia juga perlu dihulurkan. Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan. Daripada angka ini, untuk mengharapkan Persatuan Talasemia yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor sahaja unutk menghulurkan bantuan kewangan, agak sukar kerana sumber dana adalah terhad. Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan daripada pelbagai pihak samada NGO, badan kerajaan atau pun persendirian sangat digalakkan. Di samping bantuan kewangan, sokongan moral adalah yang paling diperlukan oleh pesakit Talasemia. Setiap manusia mempunyai talian persaudaraan sesama kita dan dengan sokongan moral yang diberikan, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Berdasarkan penerangan-penerangan di atas, semua pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia ini. Talasemia major merupakan penyakit yang serius dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang berumur antara satu hingga lapan tahun. Sanggupkah kita melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan oleh kelalaian kita sendiri yang mangambil mudah dalam ujian penyaringan darah? Oleh yang demikian, diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan mesyarakat tentang risiko Talasemia dan pesakit-pesakit yang menghidap Talasemia dapat dibantu dengan sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan . Cegah sebelum parah.

http://www.majalahsains.com/2010/03/talasemia-penyakit-genetik-yang-membawa-maut/


saya ada seorg kawan.tak perlu lah saya mention nama dia..pada mulanya satu kluarga dia tak tahu bahawa antara mereka ada yang pembawa gen thalesmia..sehingga satu ketika..adik lelaki kawan saya ni demam dah berminggu-minggu..so, parents dia decide nk jalani ujian darah buat adik lelaki dia tu..Dr cdg jalani ujian darah untuk ujian thalesmia juga...Allah izin, result kluar..adik dia tu positive pembawa gen thalesmia...mula laa satu keluarga jalani ujian darah..termasuk parenz dia..rupa-rupanya ayah dia yang positive pembawa gen thalesmia..mak dia Alhamdulillah negative..Alhamdulillah Allah susun begitu..cuba bayangkan kalau mak ayah dia..dua-dua positive pembawa gen..mgkin kwn saya tu ada penyakit thalesmia...yang lebih truk dari pembawa gen shj..alhamdulillah..slps semua keluarga kwn saya jalani ujian darah..yang positif pembawa gen thalesmia ada 4 org..kwn saya tu, 2 orang adik dia dan juga ayah dia..apa yang saya lihat..mreka jalani kehidupan seperti biasa2..sihat walafiat..boleh buat kerja2 berat..tak ada pulak yang sesak nafas tiba2..tapi mungkin slalu ngantuk...hb darah dia mmg tak normal..dalam 11.2 macam tu laa..pernah saya tanya umi saya...boleh ke pembawa thalesmia ni nk naikkan hb dia macam orang yang bukan pembawa gen thalesmia??
tp umi saya kata..slalunya tak boleh...mmg pembawa gen thalesmia sukar nak naikkan hb...
kesian kawan sy tu..sbb tu kwn saya slalu tak dapt nk derma darah..sbb tak cukup hb..berat ok dah..tinggi pun ok dah..semuanya ok laa..cuma hb je jd penghalang...tp apa2 pun saya bersyukur pada Allah kerana kwn saya ni bukan berpenyakit Thalesmia...hanya pembawa gen ia je..


jadi...cegah sebelum terjadi..siapa2 yang nak dirikan rumah tangga..baik jalani ujian darah untuk thalesmia ni..jangan sangka keluarga tiada sejarah penyakit ni..jadi kita pun set minda kita..kita tiada penyakit ni...macam kisah kwn saya ni..mreka pun pada mulanya ingat keluarga mereka bebas dari thelesmia...rupa2 nya ada pembawa gen thalesmia..alhamdululillah Allah takdirkan hanya ayah dia shj pembawa..mak dia tiada..kalau dua2 ada..mungkin keadaan kwn saya dan adik dia lagi teruk...
fikirkan jauh ke depan...bila pembawa berkahwin dgn pembawa...pasangan itu mungkin tidak dpt apa2 kesan..tp akan memberi kesan yang teruk untuk anak2..kesian anak2 tu...
pernah kwn saya lain bergurau dengan kawan saya yg pembawa ni...


kwn A : awak kan pembawa...kalau lelaki yang awak suka dan nak kawen dgn dia pun pembawa juga mcm     mana??
( shj kwn sy nak uji..^^)


kwn B : apa susah..kawen laa dgn orang lain...lelaki yang bkn pembawa..kita kahwin spatutnya bukan   sebab cinta..bkn sbb suka sama suka..tp sbb nak bina ummah..kesian kat anak2 klu saya berkeras juga nk kahwen..nnt DnT pun terganggu...sbb nk fokus kat anak...klu bleh saya pun nak lahirkan mujahid n mujahidah yang kuat spy dapat bantu Islam...lagi pun dari sudut haraki..wajib bg sy untuk cari dan kahwin lelaki yang bukan pembawa..betul kan???pendapat sy je..


KWN A : ....... 


jadi..fikir2 kan..lagi2 yang nak mendirikan rumah tangga...cegah sblm terjadi....

KTD ibarat sebuah hospital...

" KTD ibarat sebuah hospital..manusia yang masuk dalam hospital tu ada yang sakit biasa2..ada yang parah..ada yang demam biasa je..ada yang selsema..ada juga yang sihat...manusia2 ni lalui rawatan yang hospital tu sediakan..dan bila keluar dari hospital..ada yang sembuh dan jadi sihat..yang sihat bertambah-tambah sihat..ada juga yang sihat jadi sakit sbb mendedahkan diri kpd virus2 yang tak diundang..dan ada juga yang sakit parah sgt..tp setelah lalui rawatan, dia menjadi sihat dan bertambah sihat...yang uniknya ttg hospital ni..tak paksa untuk buka hati ketika terima dan lalui rawatan kat hospital ni..dan walaupun ada antara pesakit yang tak nak rawatan..tapi masih juga perawat2 hospital bertungkus lumus utk membantu..jadi pilihan di tgn..samaada nak rela dirawat atau terpaksa menerima rawatan..selalunya yang terpaksa ni laa yang akan masih sakit bila keluar dari hospital ni..dan yang rela dirawat..bila keluar jadi sihat bertambah sihat..dan akhirnya akan menjadi salah seorg perawat juga.."

Anologi di atas ni saya dapat dari musafir saya semalam...musafir yang tarbawi ...Alhamdulillah..Yang menariknya anologi ini adalah kata2 pengakuan oleh seorang pesakit yang sangat2 parah ketika mula-mula masuk ke hospital KTD..tapi kini telah menjadi sihat dan bertambah sihat..malah telah menjadi salah seorang perawat di hospital KTD sendiri..
MasyaAllah..hebat sungguh dia..dan Maha Hebatnya Allah menyusun dia di Hospital KTD..
Allah Maha hebat...Allahu akbar!!



~ semalam adalah musafir yang tarbawi buat ku..alhamdulillah..aku ada di kenderaan itu bersama 2 org sahabatku yang sentiasa merawat diriku..dan juga dua orang pemandu yang hebat dan Alhamdulillah....Allah menunjukkan padaku kejayaan KTD mengubah dua orang pemandu di hadapanku  menjadi manusia yang  hebat..moga aku dapat menjadi bertambah sihat di hospital kTD ini...





hati kembali kukuh dan yakin..

assalamu`alaikum...
alhamdulillah..
sekian lama tak update....
maaf..maaf..maaf saya pinta..
kadang2 tak berkesempatan..
kadang2 idea tak ada..
kadang2 ada idea tp tak tahu nak tulis macam mana..
tp doakan saya yea..
teringin nak gilap kemahiran2 nak menulis2 ni..


sebenarnya..teringin saya nak kongsikan apa yang saya dapat hari ni yg jadikan hati kembali kukuh dan yakin..

bismillah..

Dalam hari-hari dalam hidup kita, kita tak akan lari dari berhubung, berkomunikasi, bergaul dengan individu2 yang ada disekeliling kita..individu2 itu boleh jadi sahabat2 kita, teman2 kita, ketua2 kita, orang2 bawahan kita ( andai kita seorg ketua), boleh jadi juga adik2 junior kita, keluarga dan lain2 lagi...
Ana yakin setiap org mesti nak pergaulan dan perhubungan dia dgn org lain dalam keadaan yang baik ( dan semestinya tak langgar syara` / perintah Allah )..tapi kadangkala Allah izin kita ada masalah dalam perhubungan dan pergaulan itu..tak sefahaman..terasa hati, bergaduh, dan macam2 lagi  masalah..
mungkin sesetengah org dapat hadapi dgn tenang...mungkin juga sesetengah org akan rasa down dan lemah..

saya akui saya juga rasa begitu...kalau tiba2 ada masalah dengan sahabat dan kawan sendiri, membuatkan hati jadi sakit sgt..dan  akan rasa down dan lemah..sampai tak boleh nak fokus sgt dalam kerja2 yang perlu dibuat..teringat- ingat masalah tersebut..bila dah teringat-ingat..terfikir-fikir..mula rasa nak ubah diri dari banyak cakap dan bergaul dgn org lain kepada mendiamkan diri..ckp bila perlu shj..rasa macam nk jadi low profile..nak duduk sorg2..tak nak bergaul dengan org lain sebab tak nak wujudkan perselisihan dan pergaduhan dengan org lain dan tak nak hati jadi sakit...
saya seringkali akan rasa begitu..selalunya bila begitu..apa yang saya boleh buat hanya diam dan bersabar..tp saya tetap tercari-cari satu jawapan yang akan jadikan hati lebih yakin dan kukuh..

dan hari ini saya temui jawapannya..

" Rasulullah bersabda: 
seseorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas   tindakan-tindakan mereka  yang menyakitkan, itu lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan"
 (Hadis riwayat Ahmad)

jadi SABAR laa jawapannya..
dan sabar itu walau pahit tetapi Allah akan ganjarkan pahala buat kita..
Alhamdulillah..rasa bersyukur kerana Allah pilih untuk mengikuti Kursus Mahasiswa Islam di KTD minggu ini..kalau Allah tak pilih saya utk menghadiri kursus ini, maka saya tak akan berpeluang mendapat hadis ini..ALhamdulillah.. ^^

Ayuh...
kita bebaskan diri...
jangan menyendiri...
bergaul lah dengan orang lain  seikhlas hati..
walaupun hati kita akan disakiti..
kerna...
dengan  kesakitan itu..
kita  cuba bersabar..
kita dapat lah ganjarannya...
kalau menyendiri...
tak akan rasa sakit hati..
tak perlu nak sabar..
tapi tak ada lah sumber pahala yang akan kita dapat..
jadi..
pilihan di tgn kita.... 

............................................................

Sabar..sabar..sabar..
wahai hati..wahai diri..

akan ku cuba tetap bersabar dengan kerenah kalian...
kerna kalian sumber pahala bagiku..
sayang kalian kerna Allah.. 


maaf atas segalanya..pohon doa dari semua...

.... Mata hati...

Mata Hati


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
 
 
Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com 

pandangan mata selalu menipu...
pandangan aqal selalu tersalah..
pandangan nafsu selalu melulu..
PANDANGAN HATI itu yang hakiki..
kalau HATI itu bersih.....
 
 
Ya Allah..
Kurniakan kami hati yang bersih..

harap doa dari kalian...




~ kerna aku WAnita ~

maaf saya katakan andai sharing kali ni tak berapa sesuai utk disharekan..
tapi saya tertarik dengan sesetengah kata2 ni..

kerana aku wanita....
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

 kerana aku wanita...
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita...
emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita..
air mata teman setiaku

kerana aku wanita..
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita..
aku minta pertolongan darimu Adam...

TOLONG AKU...
untuk..

pelihara bicaramu denganku jangan bermain kata denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku wanita aku mudah terasa namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali


bagi saya..
WANITA juga perlu sgt2 menjaga diri agar tidak menjadi penyumbang kelalaian kaum lelaki...
jaga akhlak..
jaga pandangan..
jaga lenggok suara..
jaga lirikan mata..
jaga senyuman..
jaga segalanya..
kerna diri wanita ini mudah menjadi fitnah...

moga manfaat..
harap doa dari kalian...

sekian lama....

sekian lama saya tak update blog..
sahabat2 saya pun dah ramai yang tanya kenapa tak update blog..
maaf sangat2 sahabat2..

Alhamdulillah..saya baru mula belajar dalam sem yang baru..semester 4..
baru nak masuk minggu kedua..
tp boleh katakan cukup sibuk dengan pelbagai tanggungjawab..
tiap2 hari boleh katakan akan pulang ke asrama lewat petang..
baru sekarang, saya rasa betapa nikmatnya andai dapat balik awal..
sebut tentang tanggungjawab yang banyak...
teringat satu perkongsian tentang sirah Nabi Musa oleh kakak senior saya...
Ketika Nabi Musa mendapat perintah dari Allah untuk mengajak Firaun menyembah Allah..
Nabi Musa tak kata pun (macam kadang2 biasa kita kata..atau terdetik di hati2 kita)..
"aku lemah ya Allah...aku tak mampu..tanggungjawab ni besar sgt...aku tak mampu nak hadapi Firaun"..

Tapi Nabi Musa berdoa pada Allah saat diperintahkan untuk melaksanakan tanggungjawab itu...
"Ya ALLAh...Lapangkan dadaku...."

kita??

moga perkongsian yang sikit ini bermanfaat..
doakan saya agar istiqamah..berterusan dalam mengaktifkan kan blog SAkeenah ini...doakan.. :)

Hajat doa dari kalian..
Ya Allah..Lapangkan Dadaku....

kami charge iman malam ini...


Moga kalian dalam rahmat dan redha  Allah...
tadi selepas maghrib dan sesi KULTUM(Kuliah 7 minit) yang kami panggil LUVE yang diambil dari nama `Let Us reVive our hEart', ahli2 Pesat saya  atau  halaqah cinta berkumpul di surau yang nyaman  untuk sama2 `charge' iman  yang makin berkurangan.

salah satu yang saya dapat malam ni adalah satu situasi yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita.

KAPAL TERBANG DENGAN SIGNAL DARI PUSAT KAWALAN 

Pernah terfikir tak macam mana Kapal terbang terbang? macam mana pilot tahu destinasinya padahal kat langit tu bukannya ada signboard pun. dan selama saya hidup tak pernah lagi dengar ( tp tak tau laa kalau ada yang pernah dengar)  kapal terbang berlaga sesama sendiri di udara walaupun banyak kapal yang berlepas dalam satu2 masa.
flash back subjek sains yang dah lama tinggal...kapal terbang di pandu oleh signal dari pusat kawalan. andai terputus signal dari pusat kawalan..perjalanan kapal terbang jadi kucar-kacir..kapal terbang juga boleh hilang kawalan dan terhempas di darat.

kaitan dengan kehidupan kita
kesimpulannya...
kapal terbang =diri kita...manusia
pusat kawalan = Allah
andai kita ada hubungan dengan Allah..kita akan selamat...andai terputus hubungan dengan Allah..kita akan musnah.. sesetengah manusia tidak sedar dia telah terputus hubungan dengan Allah...lagi dia lalai..lagi dia buat maksiat..Allah makin bagi dia kenikmatan..keseronokkan..kemusnahan dan kesengsaraan akan menanti nya di  kubur dan paling utama di akhirat nnt.
jadi..pegang erat2 bila dah dapat signal dari Allah itu..doa supaya tidak terlepas dan terputus dari Allah..

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة إنك  أنت الوهاب
Ya Tuhan kami, jangan kau pesongkan hati kami (ke arah kejahatan) setelah kau memberikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah rahmat kpd kami; sesungguhnya kau lah Maha Pemberi Kurnia.

Ada lagi nak kongsi

dengan nada suara yang menarik oleh penyampainya...membuat saya tersentuh dan muhasabah diri saya..

Dia tidak akan berzina ketika dia sedang beriman
Dia tidak akan mencuri ketika dia sedang beriman
Dia tidak akan bercouple ketika dia sedang beriman
Dia tidak akan mengumpat ketika dia sedang beriman
kesimpulannya..
Dia tidak akan melakukan dosa ketika dia beriman... 

Banyaknya  dosa yang dilakukan..maknanya belum beriman sepenuhnya laa..andai Allah tarik nyawa ketika buat dosa..tak sempat bertaubat...sia-sia lah diri kita..

moga apa yang kami dapat ini dapat meningkatkan iman kami dan iman kalian.. 

ku pohon doa dari kalian....




Kisah DIA yang diizinkan oleh Allah untuk melaluinya....


 moga perkongsian ini bermanfaat.....


Setelah 2 hari menanti di laut, akhirnya pada jam 6 petang waktu Turki, kapal Mavi Marmara bergerak ke arah Gaza, lebih kurang 400 batu lagi. Mavi Marmara adalah sebuah kapal yang digambarkan sebagai ‘the giant vessel’ dengan ketinggian lima tingkat.


Tingkat bawah menempatkan relawan wanita dan bahagian enjin kapal serta klinik. Tingkat/dek 2 di bahagian tengah adalah ‘announcement centre’, membahagikan 2 ruang besar di hadapan dan di belakang. Di ruang hadapan menempatkan relawan dari Turki dan di ruang belakang menempatkan relawan dari negeri lain. Kami relawan dari Malaysia dan Indonesia bertempat di ruang belakang berdekatan dengan beranda kapal yang menghadap ke laut.


Kami berjumlah 10 orang bersama-sama dengan 2 orang press dari Astro Awani. Relawan Malaysia diketuai oleh saudara Norazman Samsuddin, Saudara Nizam Awang, Dr Syed Halim, Dr Mohd Arba’ai dan Ust Al-Hami dari NGO Haluan, Dr Selamat Aliman dari PACE, Ust Hasanudin dari Aqsa As-Syarif, Tn Hj Jamaluddin Alias dari Yayasan Amal, saudara Halim Redzuan dari Muslim Care dan 2 orang wartawan astro awani iaitu saudara Aswad dan saudara Shamsul. Di sini kami bersama-sama dengan relawan dari Mesir (Ahli Parlimen Mesir) , Algeria dan lain-lain.


Tingkat/dek 3 di ruang depan selepas tangga adalah ruang untuk press room dan di sebelah belakangnya adalah ruang untuk solat berjemaah (Ini adalah ruangan terbuka yang menghadap ke laut). Di bahagian belakang tingkat 4 adalah tempat untuk shooting dan press dijalankan untuk menghebahkan setiap detik perjalanan konvoi ini ke seluruh dunia. Tingkat atas adalah satu ruangan terbuka yang merupakan tempat larangan melainkan mereka yang telah diberi kebenaran . Di bahagian depan tingkat lima adalah bilik pemanduan.


Pada hari itu (30 mei 2010), catuan makanan telah bermula iaitu tiada makan tengahari hanya makan malam dan sarapan pagi.Ini kerana, kami merasakan mungkin akan berada di perairan antarabangsa selama sebulan jika Israel berdegil dengan menahan kami di perairan antarabangsa. Para relawan juga tidak dibenarkan untuk mandi manda sama sekali.


Tepat jam 8 .20 malam, azan dikumandangkan oleh relawan dari Syria. Sungguh sayu sekali. Kami solat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah. Imam membaca surah yg agak panjang dengan suara yang mendayu-dayu. Semasa imam membaca qunut nazilah, ramai yang mengalirkan air mata, teresak-esak mengharapkan pertolongan Allah. Aku merasakan betapa kerdilnya diriku dibandingkan dengan Allah SWT. Begitu juga kerdilnya diriku berbanding samudera lautan yang tak kelihatan tepinya, dengan langit yang tidak kelihatan batasannya. Airmataku mengalir merasakan penuh kerendahan kehadrat Allah swt. Dalam hatiku berdoa untuk kejayaan Mavi Marmara ke Gaza. Aku juga menuluskan hatiku sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidupku, moga Allah menerima syahadahku dan membersihkan niatku. Masih terngiang-ngiang akan ingatan dan pesanan dari Ustaz Abdullah Thaidi dan saudara Solehuddin kepadaku sebelum kami berlepas di KLIA beberapa minggu yang lepas.


Selepas selesai solat, Sedikit taklimat keselamatan diberikan oleh Ust Hassanudin untuk semua relawan dari Malaysia dan Indonesia . Mereka semua diminta membuat persediaan. Di ruang solat masih ada lagi tazkirah yang disampaikan oleh relawan Arab seolah-olah mereka tidak merasai bahaya yang mendatang.


Jam 11malam, masing-masing telah memulakan persediaan seperti demo memakai alat-alat keselamatan, demo memakai life jaket dan lain-lain. Pada masa itu, aku dan Dr. Syed Halim telah ditempatkan di ruang solat untuk bersiap sedia memberikan khidmat kesihatan kepada relawan di kiri dan kanan dek 3. Dek 3 ini dihubungkan dengan dek 2 melalui 2 pintu di kiri dan kanan. Pusat operasi perubatan terletak di dek 2 dengan peralatan dan kemudahan yang sangat tidak mencukupi. 2 orang jururawat sedang ”standby” disitu.


Keesokan harinya, Solat subuh berjamaah pada jam 4.30pagi. Imam membaca surah dan qunut nazilah begitu panjang dan syahdu sekali . Selesai solat, kedengaran bunyi bising dari rakan-rakan sukarelawan dan bunyi letupan yang kuat. Aku terus bergegas mengambil posisi. Rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia mengambil posisi masing-masing di sebelah kiri dek paras 3, bersiap sedia dengan hos pili bomba dan apa saja yang dapat di ambil samada botol minuman atau batang kayu penyapu dan beberapa rod besi. Bahagian atas kapal upper deck dikawal oleh relawan dari Turki seramai lebih kurang100 orang. Mereka berkawal melindungi kapten kapal dari ditawan oleh para lanun Israel. Di kanan kapal juga dikawal oleh para relawan dari negara lain. Begitu juga berpuluh relawan mengawal di bahagian hujung belakang kapal yang mengadap ke laut.


Tanpa amaran, lanun Israel terus menyerang dengan 3 bot laju di kiri kapal dan 3 bot laju di kanan kapal dan 2 lagi di belakang kapal , mereka cuba menawan kapal. Letupan kuat berlaku di kiri, kanan, belakang dan atas. Mereka menggunakan bom asap, bom cahaya dan bom bunyi. Para sukarelawan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang kapal ditawan lanun Israel ini. Pancutan air dari pili bomba, botol kayu dan besi digunakan untuk mempertahankan Mavi Marmara. Pada masa itu, aku berada di belakang kapal tingkat 3 di ruang solat, melihat Ahli Parlimen, saudara Jamal membaling botol kepada lanun Israel yang cuba memanjat tebing tepi kapal. Mereka ketakutan dan menjauhkan bot dari kapal. Aku juga lihat cahaya laser berlegar-legar di badan Dr Selamat dan Ust Hassanuddin. Rupanya itu cahaya laser dari senapang Israel.


Semakin banyak bom asap yang jatuh ke bahagian tepi dek tempat relawan Malaysia dan Indonesia berkawal. Haji Jamaluddin menyerahkan pili bomba yang dipegangnya kepada seorang relawan Indonesia, Mas Okvi lantas Haji Jamaluddin yang memakai topeng gas membuang satu persatu bom asap itu ke dalam laut. Yang anehnya, setiap kali bom asap jatuh ke lantai dek, angin kuat bertiup menyebabkan tidak ada seorang pun yang terbatuk-batuk atau sesak nafas. SubhanAllah, pertolongan Allah datang tanpa diduga.


Tiba-tiba kedengaran satu letupan kecil dan pergelangan tangan Mas Okvi berdarah. Mas Okvi telah ditembak oleh lanun Israel keparat itu. Mas Okvi terus berlari ke dalam kapal untuk mendapatkan rawatan.


Tidak ada seorang relawan pun yang bersembunyi atau ketakutan , masing-masing begitu gagah berani untuk menyelamatkan kapal dari ditawan. Mereka sentiasa pasrah untuk menang atau ..........

Di lautan diberitakan ada 20 kapal perang Israel dan 2 kapal selam Israel menyertai armada lanun untuk merampas Mavi Marmara.


Di dalam press room, puluhan wartawan sedang sibuk membuat liputan dan menghantar berita ke ibu pejabat masing-masing sebelum aliran internet dan satelit di sekat oleh pihak berkuasa Israel. Mas Suria dari media Indonesia bergegas keluar dari press room dengan kameranya untuk merakamkan peristiwa yang berlaku. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai dan mukanya pucat lesi. Dia sempat ditarik ke dalam press room oleh rakan-rakan dari press . Darah tersembur dari dada kanan beliau. Peluh dingin membasahi dahi dan badannya. Pertolongan cemas diberikan kepadanya .


....................................................................................................................................................


Sementara itu, Dr Arif Rehman mengkhabarkan bahawa satu helikopter datang dari atas, 3 komando lanun Israel turun menggunakan tali, sampai kebawah terus ditangkap oleh relawan Turki, senjata mereka dirampas, mereka ditawan. Didapati pada diri mereka ada risalah menyiarkan gambar foto 16 orang yang akan dibunuh, antaranya Presiden IHH Bulent Yıldırım, seorang paderi dan Sheikh Raid Solah.


Helikopter pertama meninggalkan kapal apabila relawan Turki menghalakan lampu spotlight kepada mereka. Datang pula helikopter kedua dan beberapa komando turun menggunakan tali, sangat cepat dan pantas sekali.


Seorang relawan Turki, saudara Nicchi yg sedang ambil foto, ditembak tepat di dahi antara kedua keningnya dan tembus ke bahagian belakang kepala dan meninggalkan luka sebesar tapak tangan.Otak tersembur keluar. Bertaburan di lantai. Darahnya tersembur keluar seperti air paip terus membasahi lantai kapal. Dr Arief Rehman dari Mercy Indonesia terus meluru kepada relawan tersebut. Dr Arief cuba merawatnya , apakan daya, relawan Turki itu terus tercungap-cungap. Relawan lain membantu membawa beliau ke dek tingkat 2 untuk dapatkan rawatan lanjut. SubhanaAllah...dengan izin Allah, dia telah syahid menemui RabbNya.....AllahuAkbar


Apabila komando Israel telah mula menembak menggunakan peluru hidup dan mengorbankan seorang relawan, maka Bulent Yıldırım, pengerusi IHH mengarahkan supaya mengibarkan bendera putih tanda kami menyerah diri. Tetapi lanun Israel terus menembak relawan yang berada di bawah mereka secara membabi buta . 3 orang lagi yang terkorban. Ramai juga para relawan Turki yang ditembak di dada, perut, tangan ,kaki dan betis. Rupanya ada juga komando lanun Israel yang tercedera kerana terkena tembakan rakan sendiri. Dr Syed Halim, sahabatku yang merawat luka lanun Israel yang tercedera itu. Dr Syed meminta beberapa relawan Turki memegang lanun Israel itu, lanun itu kelihatan takut dia akan diperapa-apakan oleh Dr Syed. Akhirnya didalam kekecohan itu, lanun Israel terjun ke laut.


Situasi kapal Mavi Marmara semakin kelam kabut. Ketika itu aku berada di ruang solat dek 3, aku sedang sibuk mengambil foto bot-bot lanun Israel itu. Tiba-tiba dikejutkan oleh beberapa relawan Turki dari tingkat atas yang membawa seorang rakannya yang tercedera. Walaupun agak kepayahan, aku cuba mengarahkan mereka ke ruang rawatan yang terletak di ruang tengah dek 2.


Di ruang rawatan itu, aku sangat terperanjat melihat seorang yang telah syahid dan 2 orang yang sedang diresusitasi oleh Dr Syed Halim bersama rakan-rakan doktor yang lain. Seorang relawan yang nazak cuba kami bantu dengan menginfuse drip NS dan memberikan resusitasi. Keadaan memang sangat gawat sekali kerana kekurangan peralatan yang ada seprti drip set, branula, oksigen, plaster dan lain-lain. Ini kerana kami tidak menyangka Israel sanggup bertindak seganas dan sesetan ini. Dalam taklimat yang kami terima sebelum ini kami hanya menyangka mendapat luka-luka ringan dan tiada kematian. SubhanaAllah inilah keturunan manusia yang pernah menyembelih Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dan membunuh beribu saudara kami di Palestin. Pada hari ini kami bukan berdepan dengan manusia tetapi berdepan dengan para syaitan yang berbadan manusia.

*************************

1 jun 2010,11pagi



aku terjaga dari tidur....dalam keadaan separuh sedar...

"aku di mana ye?.... kenapa ruang tidur seperti di asrama sekolah menengah dulu???" aku bermonolog sendirian.

Lalu aku berdiri dan mendekati tingkap dan memandang keluar...tiada apa yang kelihatan.

tiada pokok-pokok. Yang kelihatan hanya lah bumbung-bumbung bangunan.



Dimana aku???

aku menoleh ke katil satu lagi, kelihatan wajah yg

sangat dikenali...rupa-rupanya Dr Syed Halim, rakan karibku. kelihatan Seluar Dr Syed

terdapat banyak tompokon darah....

Baru aku tersedar aku telah ditahan di penjara Israel , Beer Syiba. Aku pun melihat seluar dan bajuku,

banyak juga darah yg terpalit.


Aku mengimbas kembali peristiwa yang baru sahaja aku alami di atas kapal mavi marmara, berjam- jam kami pasukan medik cuba untuk menyelamatkan 4 relawan Turki yang sedang nazak. Berbagai-bagai usaha dilakukan termasuk menginfuse drip....CPR....

Kami hanya mampu berusaha dengan sedaya mungkin dan berdoa kpd Allah tetapi Allah telah memilih mereka sebagai syuhadak. Aku dan Dr Syed Halim bergegas ke ruang hadapan dek 2. Berpuluh-puluh relawan cedera parah. Ada yang cedera parah di perut dengan 2 hingga 3 kesan luka, ada yg cedera di dada berpeluh dingin dan nafas yg tersekat-sekat. Ada juga yang patah tangan atau kaki, darah di sana sini....seperti dalam suasana peperangan. Ramai relawan lain yang tergesa-gesa menolong rakan mereka.


Di atas sebuah kerusi berdekatan dengan pintu, aku melihat MAS Okvianto dengan tangan kiri yang terkulai dan pergelangannya terdapat darah yang meleleh. Kami membalut lukanya dan membuat splint dari kertas kadbod untuk menyangga tangannya yg patah . Di satu sudut, Mas Surya yang cedera ditembak di dada kanannya sedang ditenangkan oleh Ust Zikrullah. Kelihatan mukanya pucat lesi dan peluh dingin membasahi badannya . Pernafasannya kelihatan sukar sekali. Aku sempat mengaskaltasi dadanya , Alhamdulilah aliran udara paru-paru kanan dan kirinya masih stabil. Seorang relawan Turki di ruang tengah telah muntah-muntah. Masih kelihatan darah mengalir dari 3 lubang tembakan yang ditembak Yahudi laknatullah di perutnya. Perutnya sangat keras dan nyeri sekali. Drip telah diinfuse .


Walaupun dalam keadaan yang sangat kritikal, apa yang aku lihat tidak ada seorangpun yg merintih atau meraung- raung kesakitan. Seolah-olah mereka semuanya bertasbih kepada Allah.


Dr Maulut dari Turki iaitu ketua bahagian Kesihatan kapal meminta Israel menghantar mangsa-mangsa tembakan Yahudi ke hospital terdekat....mereka berkeras menyatakan bahawa kapal ni berada di perairan antarabangsa, mereka enggan menghantar mangsa ke mana-mana hospital...

Memang dasar yahudi zionis laknatullah!!!!!

Kalau dah tahu kami berada di perairan antarabangsa... Mengapa menyerang Kami??!!! sungguh biadap dan kejam!!!


Setelah negosasi selama 2 jam, barulah mereka mahu mengevacuate mangsa keganasan mereka ke hospital di Israel menggunakan helikopter. aku dan beberapa org doktor dengan bersusah payah memindahkan para aktivis yang cedera parah dengan tulang peha yg patah dan perut yang luka ke kanvas kecemasan untuk diterbangkan menggunakan heli. Kemudian Kami menggangkat mereka ke bahagian hujung belakang kapal mavi marmara di dek 2 melalui ruang yang dipenuhi oleh penumpang perempuan. Isteri Ust Zikrullah sempat bertanya padaku

"ada nampak Saudara Norazman , Hj Jamaludin dan Ustaz Feri Noor?"

aku hanya menggelengkan kepala.

" Mereka syahid kah? Entahlah.....


Di hujung buritan dek dua kapal itu, kelihatan lebih 20 orang askar Israel yg beruniform biru atau hijau Tua dengan senapang dan pistol diacu kepada kami serta seekor anjing German Shipperd yang siap sedia untuk menerkam kami . Seperti kami ini ada senjata untuk membunuh mereka. Dasar Yahudi pengecut!!!

Dr Maulut sempat berkata " we are doctors!!! don't shoot at us!!!.


Kami telah diarahkan untuk naik ke dek tiga untuk dikumpulkan. Sebelum aku menyerah diri , aku sempat melintasi 4 syuhadak yg terbujur kaku di bahagian depan kaunter makanan . Air mataku mengalir dengan deras, mengenangkan kesolehan dan kebaikan mereka. Salah seorang yang amat aku kenali iaitu seorang ustaz lepasan Al-Azhar yang hafaz 30 juz Al- Quran. Begitu juga rakan-rakan yang baru aku kenali di dalam pelayaran ini. Allah telah pilih mereka untuk syahid.... Subhanallah....

Ku buka selimut muka mereka satu demi satu... wajah mereka cukup tenang dan kelihatan seakan-akan tersenyum, masih kelihatan lagi kesan-kesan darah di muka mereka....Aku sempat mencium mereka...aku tercium bau wangian kasturi seakan bau yang pernah aku hidu di gua yang menyembunyikan Rasulullah semasa perang Uhud...gua yang sempat aku ziarahi ketika aku menunaikan ibadah haji yang lepas . Air mataku bertambah deras...


Dalam perjalanan ke tempat berkumpul, aku sempat berbisik dengan Dr Syed...

" ana tercium bau kasturilah akhi...".

Aku lihat air mata sahabatku yang ku kasihi ini membasahi janggutnya. Mungkin dia rasa terkilan kenapa Allah tidak memilih dia untuk menemui Rabbul Jalil. Kami telah berjanji seandainya Kami yg Allah pilih... Kami mahu disemadikan di tanah Palestin bersama-sama para anbiya' dan syuhadak Syeikh Ahmad Yassin....


Kami, para doktor adalah antara orang yg terakhir ditawan dan diikat oleh tentera Israel laknatullah. Semasa melintas di hadapan seorang tentera Israel berbaju biru yang berkulit seperti orang Negro, dia sempat bertanya Dr Syed

"You like Palestine???"


sambil mengacukan pistol ke arah kepala Dr Syed.


"yes, so what !!!"...Dr Syed menjawab tegas.



Aku lihat mata Israel laknatullah itu seperti syaitan yang siap untuk meratah mangsanya.


Tangan kami diikat ke depan dengan plastik pengikat kabel. Sangat ketat dan nyeri sekali. Selama berjam-jam kami diikat tanpa belas kasihan. Masuk waktu solat zohor, Kami solat bergilir-gilir. Kemudian kami diperintahkan ke dek dua untuk dikumpulkan di sana. Selepas menuruni tangga ke dek dua aku nampak relawan Nizam Awang.....gembiranya tak terhingga kerana dia selamat. Aku juga nampak Aswad dan Samsul, dua orang hero mewakili press Malaysia dari Astro Awani.


Selama 15jam kami ditahan oleh tentera keparat itu tanpa diberi makan dan minum...nak buang air kecil pun tidak dibenarkan...Ya Allah sakitnya pundi kencingku..nak tidurpun tak boleh sebab rasa nyeri nak buang air kecil sangat kuat.

Dalam hati aku berkata...

“celakalah kamu wahai Org Yahudi yang telah dilaknat oleh Nabi Isa dan Nabi Daud . Kalau aku mati aku ada Allah.... kamu ada siapa??!!!”


Rasa nak baca Al-Quran tetapi telah tercicir entah di mana.

Menjelang hampir subuh barulah kami dibawa ke pelabuhan Ashdod untuk ditahan . Setiap orang dilayan bagai penjenayah besar dunia . Setiap aktivis diiringi oleh 2 orang polis preman dan terpaksa melalui banyak cek poin. Semua diperiksa dengan teliti....... sim card, pen drive , hard disc, camera... semua dirampas. Alhamdulilah duit yang ada di tangan tidak dirampas . Banyak dokumen yang dipaksa untuk kami tanda tangani . Ramai relawan yang tidak mahu tanda tangan terutama dokumen yang berbahasa Yahudi. Selepas terpaksa melalui pemeriksaan yang ketat, akhirnya kami dibawa menaiki bas..Masa tu subuh telah menjelang....

*************************


will be continue??? insyaAllah....
 







Allah Maha Menghidupkan...Allah Maha Mematikan




..........الله يحيي ويميت........
Allah Maha Menghidupkan dan Allah Maha Mematikan







4 jun 2010
9.00pm
Stesen Bas kota Bharu

Dalam kekalutan dan kebisingan menanti bas yang tak datang-datang, hp ku tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan dari seseorang. tertera nama sahabat ku di USIM di skrin hp. lantas aku menjawabnya.
" anti tahu dah jannah sani masuk icu petang td kat langkawi?? dia eksiden...pastu...dia dah disahkan meninggal maghrib tadi......" sahabatku menyampaikan berita yang amat mengejutkan...
tergamam dan aku terjerit seketika..aku suruh sahabatku mengulangi apa yang dia katakan  tadi..sukar untukku terima khabar ini. selama ini khabar kematian yang aku terima semuanya mengejutkan diriku tapi khabar kematian kali ni teramat-amat mengejutkan diriku..sahabat rapat  sendiri, satu batch dgn ku..telah pergi meninggalkan dunia ini. bayangan dan kenangan bersama jannah bermain-main di fikiran. kenangan dengannya di Matri dulu, satu kelas dengan nya, ketika sama2 menjalankan tugas sebagai pengawas dalam satu biro yang sama..ketika sama2 bermain bola jaring dengan nya...ketika kami masing2 menjadi pendengar setia masalah yang kami sama2 luahkan...kenangan2 itu terus menerpa fikiranku..
sedih, rindu dan macam2 perasaan dalam hatiku..
Jannah sahabatku..
kau pergi dulu meninggalkan diriku...
moga Kau ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya..
moga tempat persemadian mu menjadi salah satu taman2 syurga..


6 jun 2010
sebelum Subuh
airport KLIA

hari ini aku menanti kepulangan dia yang amat kukasihi. Dia yang amat kukagumi. Dia yang banyak berjasa dan berkorban buatku..itu lah abah ku yang tercinta. amat aku nantikan saat kepulangannya. Kepulangannya kali ini  membuatkan aku rasa aku diberi peluang oleh Allah untuk hidup bersama dengan abah ku lagi.
masih segar dalam ingatan ketika hari keberangkatan abahku serta sahabat2 nya yang lain ke Turki untuk menyertai misi LL4G. aku hanya sempat meluangkan masa 1 jam sebelum abahku berangkat pergi. masa itu   amat berharga buatku kerana aku tak pasti samaada aku akan bertemu abah aku lagi ataupun tidak. saat2 akhir abah akan berangkat, aku salam abahku, ku cium tangannya dan pada hari tu aku lakukan satu tindakan yang jarang aku lakukan sejak aku meningkat remaja.....aku cium pipinya tanda kasih ku padanya.
that moment will always be in my mind. 
dan pada hari ni, aku akan menyambut kepulangannya... Alhamdulillah, Allah masih lagi menghidupkannya setelah melalui saat getir diserang tentera zionis laknatullah.
setinggi kesyukuran pada Nya....


Dua peristiwa ini  yang saya lalui  yang membuktikan bahawa  Allah ini Maha menghidupkan dan Allah ini Maha Mematikan.. Andai kematian telah tercatat pada waktu itu, di tempat itu..maka mati lah  kita pada ketika itu...tidak terkurang masanya dan tidak pula  terlebih masanya..Mari kita lihat...masih ramai yang Allah selamatkan dan memberi peluang untuknya hidup walaupun  mengalami saat yang getir seperti kemalangan yang dahsyat, diserang oleh musuh..dan ramai juga yang Allah takdirkannya untuk mati...dan ada juga yang Allah mematikannya disaat dalam keadaan yang aman..tidak sakit. tidak berperang...Maha Suci Allah yang Maha Menghidupkan dan mematikan.

ingatlah...setiap kali kita dapat lagi bangun dari tidur..dapat lagi bernafas...itu bermakna Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bertaubat dan beramal padaNya dengan lebih banyak lagi...ingat..kematian datang tanpa kita tahu bila ia akan datang...kita yang mesti sentiasa bersedia..
wallahua`lam...

hajat doa dari kalian 

update on lifeline4Gaza.....

From: Mohd Nizam



Date: May 24, 2010 8:59:20 PM PDT
To: haluanpalestin@yahoogroups.com


Subject: Re: [haluanpalestin] DOAKAN KEJAYAAN KONVOI LL4G
aslkm
pelayaran tertangguh sebentar sbb kapal dari Greece masih belum tiba di tempat yg telah dijanjikan (berdekatan Cyprus). Konvoi ini mesti mengikut perancangan rapi, sbb kita bakal brhadapan dgn zionis yg begitu tersusun rapi. Kami akan tunggu arahan seterusnya. Mungkin petang ini, atau esok, akan bertolak.
skrg kami masih d Antalya.

Doakan utk kami.
// mnma




From: abd bashir abashir_66@yahoo. com

Cc: haluanpalestin@ yahoogroups. com
Sent: Tue, May 25, 2010 11:26:34 AM


Subject: [haluanpalestin] DOAKAN KEJAYAAN KONVOI LL4G




Assaalamualaikum wbth.
Konvoi LL4G kini sudah memasuki fasa akhir dan paling mencabar.
kapal dan armada dinaiki sahabat kita bersama NGO internasional
akan menerobos sekatan kapal-kapal Israel terlebih dahulu sebelum
dapat mendarat ke Gaza menerobos tembok kematian Gaza.


Israel akan gunakan apa sahaja helah dan strategi untuk menghalang
konvoi ini sampai ke Gaza. Hatta sedia mengebom aje armada NGO ini
demi menunjukkan keangkuhan suatu bangsa yg terlaknat.


Marilah kita terus mendoakan keselamatan sahabat kita ini. Ada peluang
anjurkan solat hajat dan doa qunut nazilah di masjid2 dilokaliti masing masing.
Inilah jua hajat saudara kita, agar kita sentiasa mendoakan mereka tanpa jemu...


INILAH SENJATA MUKMIN MENENTANG MUSUH YANG ANGKUH ini.


Kepada ibubapa, isteri, anak-anak yang ditinggalkan suami demi menyahut panggilan jihad
ini, harap ada sahabat / akhwat / sohibah yang berdekatan agar sentiasa silih berganti

kunjung dan ziarah mereka memberi sokongan moral dan semangat juang kepada zaujah
dan anak-anak mujahid ini bukan sahaja dikalangan ahli kita tetapi semua yang mewakili NGO lain.


Harap mereka dapat tetap bersabar dan tabah menghadapi situasi sukar ini. InsyaAllah, Allah bersama
mujahid suami mereka dan mujahid lain atas jalan deen Allah ini.
Semoga Allah selamatkan saudara kita ini. Sesungguh 5 orang sahabat yang menyerahkan
jiwa raga mereka kesana adalah mewakili 300 juta umat islam di nusantara ini.
Subhanallah. ....


kita tersentuh dengan ucapan mereka melalui lintas langsung radio ikim fm yg begitu besemangat
menyertai misi ini. Misi jihad yang tidak tahu apa kesudahannya. .. samada kembali atau syahid...
wallahualam.


Ya Allah Ya Tuhan kami....
Selamatkan Saudara Kami ini, Jayakan Misi Mereka dan kami ini,
Moga tercapai cita-cita menerobos tembok kematian
demi membantu saudara kami di Gaza, Palestin.

Gagalkan perancangan jahat yahudi dan zionist ini.
Berilah kemenangan kepada konvoi LL4G...
Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa atas segala sesuatu


Amin.






ALLAHUAKHBAR !!!


WALILLAH HILHAM.....



hajat sangat doa dari kalian....hajat sangat2...
ya Allah..kuatkanlah hatiku....

...keberangkatan mereka....

 Baru sahaja  lepas membaca satu artikel di laman web Haluan Malaysia...

alhamdulillah..Allah izin saya berada di KLIA pada malam keberangkatan mereka ke Turki untuk menyertai misi LifeLine 4 Gaza . Walaupun hanya tinggal sejam lebih sahaja untuk bertemu dengan mereka, saya rasa bersyukur sangat..mungkinkah ini kali terakhir?? tiada siapa dapat menduga..
Bak kata ketua misi Lifeline for Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini”..

Malam itu malam yang mendatangkan seribu perasaan...malam yang menunjukkan betapa kentalnya jiwa para mujahid pilihan Allah..sewaktu saya baru tiba di KLIA..semuanya sedang berkumpul..sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh seorang ustaz..setelah itu mereka bergambar..dan takbir juga dilaungkan...

 Malam tu juga  malam yang paling sayu..yang paling saya sayu bila lihat si ayah berkumpul dengan keluarganya sebelum turun ke tempat pelepasan..anak-anak perempuanya dan isterinya, mengalirkan air mata..si ayah mendukung anaknya yang kecil (saya rasa dalam lingkungan 3 tahun)..memeluknya dan mencium sepuas hati..sayu saya lihat..
ada seorang ayah..peluk anaknya erat sangat..cium anaknya berkali-kali seakan-akan ini kali terakhir dia akan bertemu..
ada seorang suami..berdekatan dengan tempat yang saya duduk waktu tu..duduk berdua dengan isterinya...mungkin sedang saling memberikan kata-kata semangat dan saling menguatkan sebelum si suami berangkat pergi...
sayu sungguh  bila lihat anak-anak berlari-lari demi melihat ayahnya berjalan menuju ke tempat pelepasan sehingga kelibat si ayah tidak kelihatan lagi..sayu sungguh..

itu lah kisah malam tersebut...kini saya hanya mampu mendengar khabar berita perkembangan mereka dan konvoi LL4GAZA melalui corong radio IKIM...dan dari internet sahaja...kepada semua pembaca..jangan lupa..rajin2 kan lah diri mendengar siaran di radio IKIM dalam pukul 10 malam tentang perkembangan konvoi ini..siaran ini adalah secara langsung selama 20 hari..malam ni masuk malam keempat..jangan lupa.. :)

sama-sama lah kita doakan mereka, buat solat hajat...qunut nazilah...moga Allah permudahkan urusan ini..sumbangan juga jangan dihentikan....

ya Allah..lindungi mereka..permudahkan urusan mereka..berikan yang terbaik buat mereka..

ku pohon sangat doa dari kalian..ya Allah..kuatkan hatiku dan mereka..

~puterianamas~