Bagaimana kita mahu kekalkan kesedaran untuk ingat Allah sepanjang masa?

Alhamdulillah, segala puji-pujian yang selayaknya hanya kepada Allah, Rabb sekalian alam. Rabb yang sepatutnya kita ingatiNya dalam setiap detik hayat kita. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga  baginda dan para sahabat yang mana telah ditunjukkan kepada kita bahawa mereka telah mengingati Allah ketika mereka senang mahupun susah, ketika mereka aman mahupun ketika berperang. setiap masa, setiap denyutan nadi, mereka tak pernah melupakan Allah. Kita bagaimana?...

Seringkali ketika kita dalam kesusahan atau dalam kesedihan, pasti ada yang berpesan pada kita "ingat Allah banyak-banyak yea"....tetapi ketika dalam kesenangan atau beroleh kejayaan atau ketika dipuji oleh ramai orang..kadangkala pesanan itu seolah-olah dilupakan...Seakan-akan pesanan supaya mengingati Allah hanya ketika waktu susah sahaja..padahal, kita dikehendaki mengingatinya di kala kita senang mahupun susah..

Ingin ana kongsikan apa yang ana dapat ketika menghadiri ijtima`am umum yang lepas.
 Dalam mengekalkan kesedaran untuk ingat Allah sentiasa, terdapat 4 tahap kesedaran yang telah disebut oleh penceramah yang perlu dibina untuk sentiasa ingat dan merasai kehadiran Allah dalam kehidupan sehingga ia menjadi makalah dalam diri kita.
  1. Kita katakan pada diri kita (berbisik dalam diri):                                                              Wahai diriku, aku berada di hadapan Allah dan Allah sentiasa melihat aku.     
          Allah sentiasa dengan kita. Dia memerhatikan segala tindak-tanduk kita..sembunyi-sembunyi pun Dia dapat melihat..apa lagi kalau terang-terangan.. yang pasti..ALLAH sentiasa melihat kita.  

                                    
     2. kita katakan pada diri:
         Wahai diriku, semua yang ada pada diri ini adalah dari Allah.
        
semua yang ada pada diri kita semuanya milik Allah..semuanya datang dari Allah. Tangan, kaki, pancaindera, kecantikan,  idea2 di fikiran..segalanya yang ada pada diri kita..semua dari Allah..

     3. Kita katakan pada diri kita:
         Wahai diriku, apa sahaja yang berlaku di dunia ini, adalah dgn keizinan Allah.

kita demam, batuk-batuk, sakit macam-macam..semuanya dengan izin Allah..kita salah faham, bertengkar dengan teman kita, semuanya dengan izin Allah..kita dapat jawab exam juga dengan izin Allah..Palestin dalam peperangan jua dengan izin Allah...pasti apa yang Allah izinkan untuk berlaku, ada hikmahnya yang perlu kita kaji.

     4. Kita katakan pada diri:
         Wahai diriku, aku pasti akan kembali kepada Allah..mungkin lepas ini aku akan              kembali  kepadaNya...

sudah pasti kita akan meninggalkan dunia yang fana ini dan kembali kepada Allah..tiada siapa yang tahu bila, di mana, bagaimana kita akan kembali kepada Allah..moga Allah mengurniakan kita husnul khotimah...

Seandainya 4 tahap ini kita bina dan menjadi satu makalah dalam diri..insyaAllah kita akan sentiasa mengingati Allah di kala kita senang mahu pun susah. Setiap detik dan setiap saat hanya Allah yang sentiasa kita ingati. Istiqamah tak akan datang andai diri kita sendiri tidak berusaha untuk dapatkan ia..Saya akui  istiqamah memang sukar..tapi kesukaran itu lah yang akan membuahkan ketenangan  yang amat nikmat..Sama-sama kita jadikan Allah sentiasa di ingatan..


ku pohon doa kalian...
       
                 
    

cintai lah ILLAHI...

teringin ku kongsikan sajak ini untuk kalian..
Tidurku tanpa teman,
Malamku tak berbintang,
Lena mengusik  kedamaian malam,
Keheningan, kedamaian
kurniaan dariMu Ya Allah,
Bukti KebesaranMu Ya Rabbi,
Tunduk tafakurku hanya untukMu,

Tidurku kini bteman,
Dengan nikmati cintaMu YaRABBI,
Terasa kerdil dihati ini,
Mendambakan cintaMu,Ya Rahman


Cinta sejati
CintaMu YaAllah,
Cinta suci
CintaMu YaRahim,
CintaMu takkan ku sia-siakan,
Bahkan hanya itu yang ku perlukan…
Semoga hambamu ini,
Sentiasa berada dibawah naunganMu,
Tuhan yang mentadbir sekalian alam…


copied from:
~i luv Islam~


pesanan buat diri sendiri. Letakkan cinta Allah dalam hati. Cintai lah DIA sepenuh hati. CintaNya tak pernah menyeksa hati dan perasaan...CintaNya sangat agung dan sejati. Walau banyak dosa yang hambaNya lakukan..Dia tetap sudi mencintai hambaNya jika hambanya bertaubat..
Ya Allah..ampuni aku..andai aku meletakkan cinta lain di hati ini selain cinta MU..aku pohon ya Allah..kurniakan aku hati yang baru..hati yang sarat dengan cintaMu...bersihkan lah hati ku dari cinta nafsu..bersihkan lah hatiku dari cinta yang aku sendiri tidak tahu realitinya...bersihkan lah hatiku ya Rabbi...kerna aku tidak mahu hati dan jiwaku bermaksiat di atas Jalan dakwah dan tarbiyah ini........



ku pohon doa dari kalian....

Ruyung yang ku pilih...

Sudah mahu berganjak ke tahun yang kedua dalam mempelajari dan mendalami bidang yang telah dipilih ini. Sungguh, saya tidak percaya, saya telah berada di tahap ini. Saya teringat waktu awal-awal dahulu, ayah saya hanya memberi dua pilihan samaada ambil bidang perubatan atau deeniyah. Maka, bidang deeniyah ini lah  yang Allah takdirkan untukku.

Sebenarnya, sejak dari tadika lagi, tak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi salah seorang yang mendalami bidang ini. Yang hanya ada di fikiran hanyalah DOKTOR...DOKTOR...DOKTOR...Sedari kecil lagi, memang cita-cita saya adalah menjadi doktor. Mungkin kerjaya ibu bapa saya banyak mempengaruhi cita-cita saya ketika itu. Sewaktu naik tingkatan 4, saya memilih untuk memasuki kelas aliran sains tulen. Ini menguatkan lagi cita-cita saya untuk menjadi seorang Doktor.

Penyusunan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya. Tawaran kemasukan ke bidang perubatan atau aliran sains tak kunjung tiba. Kemungkinan keputusan SPM saya tak berkelayakan untuk mengambil jurusan itu. Allah izin, tawaran ke bidang deeniyah dalam course Al-quran As-Sunnah sampai kepada saya. Tawaran dari KTD..^_^..
Kalau dulu, abah sering menyokong saya untuk menjadi seorang doktor. Tapi sejak akhir-akhir saya tingkatan 5, abah memujuk saya untuk mengambil bidang deeniyyah. Kata abah umat Islam sekarang kurang golongan profesional dalam bidang deeniyyah. Lebih-lebih lagi, dari kalangan muslimat. Abah berharap sangat andai ada di kalangan anak-anaknya yang mengambil bahagian deeniyah.
Awal-awalnya, berat dan sedih juga meninggalkan cita-cita yang saya impikan sejak kecil lagi. Timbul juga rasa cemburu bila mendengar khabar sahabat-sahabat saya yang akan fly ke timur tengah untuk berjuang dalam bidang perubatan. Waktu itu, memang kena banyak pujuk hati.

Kini, saya rasa gembira belajar dan mendalami bidang ini. Lebih-lebih lagi, mendalaminya di ipt kesayangan, KTD..^_^..Pernah datang tawaran ke matriks waktu pertengahan sem 1 untuk panggilan kedua. Pihak matrikulasi menawarkan bahagian sains buat saya.  Itulah satu-satunya peluang buat saya untuk memenuhi cita-cita saya itu. Kerana hati sudah mula jatuh cinta pada bidang deeniyyah  dan KTD, saya tolak peluang keemasan itu.
Walaupun tak dapat nak capai hasrat dan cita-cita untuk jadi seorang Doktor perubatan..akan saya capai Doktor  dalam bidang ini. Itu lah harapan kedua orang tua saya dan yang paling penting, itu lah harapan Islam.

Suka saya nak peringatkan diri saya,
ruyung yang ku pilih ini,
bukan sahaja untuk mempelajarinya..
malah wajib untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain..
ruyung yang ku pillih ini,
akan membuatkan masyarakat memandang lebih pada diri ku..
segala gerak-geri, akhlak, pemakaian...
semuanya akan dipandang dan diperhati...
dan akan dicontohi..
 ada seorang senior pernah berkata,
"dari perlakuan kita, masyarakat boleh buat fatwa"..
Betapa beratnya tanggungjawab orang yang mendalami agama ini....Ya Allah, ku pohon kekuatan dariMu...

Akhir kata, Ku seru teman-teman seangkatan ku yang lain jua diri ku ini...mari lah kita lebih serius dalam mendalami bidang yang kita pilih ini..setiap apa yang kita pelajari, kita amalkan..Islah diri dari masa ke semasa..ubah cara hidup kita sedikit demi sedikit..saya tak mahu seandainya kita seorang ustaz atau ustazah hanya sekadar memegang title itu..jadi lah ustaz dan ustazah yang benar2 seorang ustaz dan ustazah yang benar2 mendalami dan mengamalkan Islam sebenar-benarnya..
Buat teman-teman seperjuangan yang berada di bidang yang lain..Saya tidak bermaksud bidang yang kalian ceburi itu tidak penting. Bidang-bidang yang lain jua penting dalam membangunkan ummah ini. Untuk membangunkan Islam, Islam hendaklah global kan?? Semua bidang Islam kuasai.. Berjuang lah dengan penuh gigih untuk capai yang tertinggi...kalian jua harapan Islam..kalian jua amat penting dalam membangunkan ummah...kalian jua bertanggungjawab dalam menunjukkan Islam yang sebenarnya kepada masyarakat. Berjuang dan trus berjuang ..sampai keletihan letih mengikut kalian..doaku sentiasa di samping kalian..
setakat ini dahulu..maaf andai tersalah bicara..

OPEN Day & majlis konvokesyen KTD..


Alhamdulillah, saya diizinkan oleh Allah untuk hadir dalam open day ktd ini...sedang dalam mood bercuti final sem yang berbaki sebulan n beberapa hari lagi..saya dan keluarga menggagahkan diri untuk hadir ke open day Ktd walaupun agak jauh dari tempat tinggal saya.

26 mac 2010, KTD mengadakan majlis konvokesyen buat graduan-graduan diploma KTD..majlis Anugerah bagi pelajar-pelajar KTD juga dianjurkan sekali dalam majlis konvokesyen kali ke-4 ini...macam menumpang majlis konvo orang lain pulak..^_^

Graduan KTD seramai 11 org. Pelajar-pelajar KTD yang menerima anugerah pada kali ini ialah mereka yang berjaya meraih pointer 3.5 ke atas bagi semester yang lepas..
alhamdulillah, Allah izinkan saya mendapat pointer atas 3.50 pada sem yang lepas..syukur Alhamdulillah..

rai kejayaan bersama pensyarah English, cik Asiah bt said

sempat bergambar bersama Ketua Eksekutif KTD, Ayahanda, Dr. Abdullah Sudin

bersama pensyarah subjek keusahawanan, Cik Raihana

bersama ustazah Mariyah bt Ishak

bergambar kenangan di atas pentas..

Tahniah saya  ucapkan buat teman-teman seperjuangan. Moga dengan kejayaan yang kita kecapi dapat memberikan berita gembira buat mereka yang mencintai Islam dan moga kejayaan kita dirahmati serta diredhai oleh-Nya. Selepas ini kita kena berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meraih kejayaan yang seterusnya dan jangan lupa diri. Bersyukurlah di atas apa yang Allah telah kurniakan pada kita. Apa yang penting niat mesti kerana Allah.

kemuncak bagi open day kali ini.. ialah Malam Amal untukmu Palestina...jemputan khas, artis Malaysia, Brother Muadz dan artis Indonesia, yang memperjuangkan nasyeed-nasyeed jihad, Shoutul Harakah.
photo by : k.widad bt sa`ban

Tapi malam tu Allah tak izin saya ikut konsert sampai tamat. Terpaksa balik awal. saya dapat saksikan shoutul harakah beraksi pada awal-awal  sahaja.. :(
Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya..untuk pujuk hati ni, saya pun lihat melalui video-video yang dirakam oleh teman-teman. Moga saya diberi kesempatan lagi oleh Allah. 
Setakat ini dahulu  saya coretkan untuk post kali ini.. :)

bila tiada..baru terasa..

kini rumahku makin sunyi..
adik-adik sudah kembali ke asrama masing-masing...
adikku yang berada di  tingkatan 3, pulang ke matri..
adik-adik kecilku yang masih bersekolah, pulang ke sekolah rendah Ghufran di mana mereka diwajibkan tinggal di asrama..
tinggal adikku yang berada di tingkatan 5 sahaja di rumah..
sunyi rumahku ketika ini..

pemergian mereka, membuatkan saya terasa..
betapa nikmatnya punya adik beradik...
kadang-kadang kala saya terfikir..kalau saya tak punya adik beradik..alangkah sunyinya...
alhamdulillah..syukur ya Allah..kau anugerahkan adik2 buatku..

Nikmat yang Allah kurniakan pada kita tidak terhitung jumlahnya.Dari sebesar-besar nikmat iaitu nikmat Islam dan Iman hinggalah yang sekecil-kecilnya seperti nikmat bersin. Seringkali kita tidak rasa  ia satu kenikmatan buat kita..lebih-lebih lagi, bila kita rasa ia adalah  sesuatu yang kecil.
bila nikmat itu telah ditarik atau sudah tidak ada disamping kita..baru terasa betapa untungnya punya nikmat seperti itu...


Hargailah nikmat yang Allah kurniakan sebelum ia ditarik kembali oleh Allah..Allah berhak membuat segala-galanya ke atas kita...wallahu a`lam...

ingin ku berkongsi sesuatu....

segala peristiwa yang terjadi sejak akhir2 ini...berkaitan dengan diri saya mahupun org lain...ingin saya kongsi sesuatu kata-kata yang saya dapat dari sahabat baik saya merangkap kakak senior saya...mungkin ada yang pernah baca tapi saya harap ia bermanfaat.
  
``Hangat alismu bukan tanda DIA tak cinta..
tetapi besarnya cintaNYA padamu..
kita minta kebijaksanaan..
DIA hadirkan kita dengan pelbagai mehnah...
mahu kita bijak mencari cinta sebenar..
Sangat kita minta dimudahkan perjalanan hidup..
diberiNYA kesesakan jiwa kala berjuang..
mahuNYA kita mudah melayari kehidupan mendatang..
Pada akhir mehnah hanya DIA yang kita temui untuk mengadu..
yang ada hanya 1 cinta...''

mari kita berhenti sejenak..muhasabah dan koreksi diri kembali...adakah selama ini kita terfikir, semua yang didatangkan dan ditakdirkan olehNYA begitu bermanfaat dan memberi pengajaran serta hikmah bagi kita..
Mari kita fikirkan dan kaji hikmah disebalik setiap apa yang Allah tentukan buat kita...wallahu a`lam.. 



Sahabat



"Aku ingin mencintai sahabatku dengan segenap hatiku..sahabat yang baik adalah sahabat yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas matiku..Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.."
IMAM SHAFIEE