OPEN Day & majlis konvokesyen KTD..


Alhamdulillah, saya diizinkan oleh Allah untuk hadir dalam open day ktd ini...sedang dalam mood bercuti final sem yang berbaki sebulan n beberapa hari lagi..saya dan keluarga menggagahkan diri untuk hadir ke open day Ktd walaupun agak jauh dari tempat tinggal saya.

26 mac 2010, KTD mengadakan majlis konvokesyen buat graduan-graduan diploma KTD..majlis Anugerah bagi pelajar-pelajar KTD juga dianjurkan sekali dalam majlis konvokesyen kali ke-4 ini...macam menumpang majlis konvo orang lain pulak..^_^

Graduan KTD seramai 11 org. Pelajar-pelajar KTD yang menerima anugerah pada kali ini ialah mereka yang berjaya meraih pointer 3.5 ke atas bagi semester yang lepas..
alhamdulillah, Allah izinkan saya mendapat pointer atas 3.50 pada sem yang lepas..syukur Alhamdulillah..

rai kejayaan bersama pensyarah English, cik Asiah bt said

sempat bergambar bersama Ketua Eksekutif KTD, Ayahanda, Dr. Abdullah Sudin

bersama pensyarah subjek keusahawanan, Cik Raihana

bersama ustazah Mariyah bt Ishak

bergambar kenangan di atas pentas..

Tahniah saya  ucapkan buat teman-teman seperjuangan. Moga dengan kejayaan yang kita kecapi dapat memberikan berita gembira buat mereka yang mencintai Islam dan moga kejayaan kita dirahmati serta diredhai oleh-Nya. Selepas ini kita kena berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meraih kejayaan yang seterusnya dan jangan lupa diri. Bersyukurlah di atas apa yang Allah telah kurniakan pada kita. Apa yang penting niat mesti kerana Allah.

kemuncak bagi open day kali ini.. ialah Malam Amal untukmu Palestina...jemputan khas, artis Malaysia, Brother Muadz dan artis Indonesia, yang memperjuangkan nasyeed-nasyeed jihad, Shoutul Harakah.
photo by : k.widad bt sa`ban

Tapi malam tu Allah tak izin saya ikut konsert sampai tamat. Terpaksa balik awal. saya dapat saksikan shoutul harakah beraksi pada awal-awal  sahaja.. :(
Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya..untuk pujuk hati ni, saya pun lihat melalui video-video yang dirakam oleh teman-teman. Moga saya diberi kesempatan lagi oleh Allah. 
Setakat ini dahulu  saya coretkan untuk post kali ini.. :)

bila tiada..baru terasa..

kini rumahku makin sunyi..
adik-adik sudah kembali ke asrama masing-masing...
adikku yang berada di  tingkatan 3, pulang ke matri..
adik-adik kecilku yang masih bersekolah, pulang ke sekolah rendah Ghufran di mana mereka diwajibkan tinggal di asrama..
tinggal adikku yang berada di tingkatan 5 sahaja di rumah..
sunyi rumahku ketika ini..

pemergian mereka, membuatkan saya terasa..
betapa nikmatnya punya adik beradik...
kadang-kadang kala saya terfikir..kalau saya tak punya adik beradik..alangkah sunyinya...
alhamdulillah..syukur ya Allah..kau anugerahkan adik2 buatku..

Nikmat yang Allah kurniakan pada kita tidak terhitung jumlahnya.Dari sebesar-besar nikmat iaitu nikmat Islam dan Iman hinggalah yang sekecil-kecilnya seperti nikmat bersin. Seringkali kita tidak rasa  ia satu kenikmatan buat kita..lebih-lebih lagi, bila kita rasa ia adalah  sesuatu yang kecil.
bila nikmat itu telah ditarik atau sudah tidak ada disamping kita..baru terasa betapa untungnya punya nikmat seperti itu...


Hargailah nikmat yang Allah kurniakan sebelum ia ditarik kembali oleh Allah..Allah berhak membuat segala-galanya ke atas kita...wallahu a`lam...

ingin ku berkongsi sesuatu....

segala peristiwa yang terjadi sejak akhir2 ini...berkaitan dengan diri saya mahupun org lain...ingin saya kongsi sesuatu kata-kata yang saya dapat dari sahabat baik saya merangkap kakak senior saya...mungkin ada yang pernah baca tapi saya harap ia bermanfaat.
  
``Hangat alismu bukan tanda DIA tak cinta..
tetapi besarnya cintaNYA padamu..
kita minta kebijaksanaan..
DIA hadirkan kita dengan pelbagai mehnah...
mahu kita bijak mencari cinta sebenar..
Sangat kita minta dimudahkan perjalanan hidup..
diberiNYA kesesakan jiwa kala berjuang..
mahuNYA kita mudah melayari kehidupan mendatang..
Pada akhir mehnah hanya DIA yang kita temui untuk mengadu..
yang ada hanya 1 cinta...''

mari kita berhenti sejenak..muhasabah dan koreksi diri kembali...adakah selama ini kita terfikir, semua yang didatangkan dan ditakdirkan olehNYA begitu bermanfaat dan memberi pengajaran serta hikmah bagi kita..
Mari kita fikirkan dan kaji hikmah disebalik setiap apa yang Allah tentukan buat kita...wallahu a`lam.. 



Sahabat



"Aku ingin mencintai sahabatku dengan segenap hatiku..sahabat yang baik adalah sahabat yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas matiku..Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.."
IMAM SHAFIEE

tika ini ku bermula...

in the name of Allah...
i start to do this...
i start to do something new in my life..
tika ini..
saat ini...
langkahku bermula...
sebenarnya rasa takut n segan pun ada..
namun saya gagahi jua...
mohon tunjuk ajar dari senior2 bloggers.. (^_^)
moga coretan2 yang bakal dikongsikan dari hamba yang penuh klemahan ini..
bermanfaat dan mendapat redha dariNya....