OPEN Day & majlis konvokesyen KTD..


Alhamdulillah, saya diizinkan oleh Allah untuk hadir dalam open day ktd ini...sedang dalam mood bercuti final sem yang berbaki sebulan n beberapa hari lagi..saya dan keluarga menggagahkan diri untuk hadir ke open day Ktd walaupun agak jauh dari tempat tinggal saya.

26 mac 2010, KTD mengadakan majlis konvokesyen buat graduan-graduan diploma KTD..majlis Anugerah bagi pelajar-pelajar KTD juga dianjurkan sekali dalam majlis konvokesyen kali ke-4 ini...macam menumpang majlis konvo orang lain pulak..^_^

Graduan KTD seramai 11 org. Pelajar-pelajar KTD yang menerima anugerah pada kali ini ialah mereka yang berjaya meraih pointer 3.5 ke atas bagi semester yang lepas..
alhamdulillah, Allah izinkan saya mendapat pointer atas 3.50 pada sem yang lepas..syukur Alhamdulillah..

rai kejayaan bersama pensyarah English, cik Asiah bt said

sempat bergambar bersama Ketua Eksekutif KTD, Ayahanda, Dr. Abdullah Sudin

bersama pensyarah subjek keusahawanan, Cik Raihana

bersama ustazah Mariyah bt Ishak

bergambar kenangan di atas pentas..

Tahniah saya  ucapkan buat teman-teman seperjuangan. Moga dengan kejayaan yang kita kecapi dapat memberikan berita gembira buat mereka yang mencintai Islam dan moga kejayaan kita dirahmati serta diredhai oleh-Nya. Selepas ini kita kena berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meraih kejayaan yang seterusnya dan jangan lupa diri. Bersyukurlah di atas apa yang Allah telah kurniakan pada kita. Apa yang penting niat mesti kerana Allah.

kemuncak bagi open day kali ini.. ialah Malam Amal untukmu Palestina...jemputan khas, artis Malaysia, Brother Muadz dan artis Indonesia, yang memperjuangkan nasyeed-nasyeed jihad, Shoutul Harakah.
photo by : k.widad bt sa`ban

Tapi malam tu Allah tak izin saya ikut konsert sampai tamat. Terpaksa balik awal. saya dapat saksikan shoutul harakah beraksi pada awal-awal  sahaja.. :(
Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya..untuk pujuk hati ni, saya pun lihat melalui video-video yang dirakam oleh teman-teman. Moga saya diberi kesempatan lagi oleh Allah. 
Setakat ini dahulu  saya coretkan untuk post kali ini.. :)

0 comments: