.... Mata hati...

Mata Hati


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
 
 
Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com 

pandangan mata selalu menipu...
pandangan aqal selalu tersalah..
pandangan nafsu selalu melulu..
PANDANGAN HATI itu yang hakiki..
kalau HATI itu bersih.....
 
 
Ya Allah..
Kurniakan kami hati yang bersih..

harap doa dari kalian...




~ kerna aku WAnita ~

maaf saya katakan andai sharing kali ni tak berapa sesuai utk disharekan..
tapi saya tertarik dengan sesetengah kata2 ni..

kerana aku wanita....
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

 kerana aku wanita...
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita...
emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita..
air mata teman setiaku

kerana aku wanita..
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita..
aku minta pertolongan darimu Adam...

TOLONG AKU...
untuk..

pelihara bicaramu denganku jangan bermain kata denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku wanita aku mudah terasa namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali


bagi saya..
WANITA juga perlu sgt2 menjaga diri agar tidak menjadi penyumbang kelalaian kaum lelaki...
jaga akhlak..
jaga pandangan..
jaga lenggok suara..
jaga lirikan mata..
jaga senyuman..
jaga segalanya..
kerna diri wanita ini mudah menjadi fitnah...

moga manfaat..
harap doa dari kalian...

sekian lama....

sekian lama saya tak update blog..
sahabat2 saya pun dah ramai yang tanya kenapa tak update blog..
maaf sangat2 sahabat2..

Alhamdulillah..saya baru mula belajar dalam sem yang baru..semester 4..
baru nak masuk minggu kedua..
tp boleh katakan cukup sibuk dengan pelbagai tanggungjawab..
tiap2 hari boleh katakan akan pulang ke asrama lewat petang..
baru sekarang, saya rasa betapa nikmatnya andai dapat balik awal..
sebut tentang tanggungjawab yang banyak...
teringat satu perkongsian tentang sirah Nabi Musa oleh kakak senior saya...
Ketika Nabi Musa mendapat perintah dari Allah untuk mengajak Firaun menyembah Allah..
Nabi Musa tak kata pun (macam kadang2 biasa kita kata..atau terdetik di hati2 kita)..
"aku lemah ya Allah...aku tak mampu..tanggungjawab ni besar sgt...aku tak mampu nak hadapi Firaun"..

Tapi Nabi Musa berdoa pada Allah saat diperintahkan untuk melaksanakan tanggungjawab itu...
"Ya ALLAh...Lapangkan dadaku...."

kita??

moga perkongsian yang sikit ini bermanfaat..
doakan saya agar istiqamah..berterusan dalam mengaktifkan kan blog SAkeenah ini...doakan.. :)

Hajat doa dari kalian..
Ya Allah..Lapangkan Dadaku....

kami charge iman malam ini...


Moga kalian dalam rahmat dan redha  Allah...
tadi selepas maghrib dan sesi KULTUM(Kuliah 7 minit) yang kami panggil LUVE yang diambil dari nama `Let Us reVive our hEart', ahli2 Pesat saya  atau  halaqah cinta berkumpul di surau yang nyaman  untuk sama2 `charge' iman  yang makin berkurangan.

salah satu yang saya dapat malam ni adalah satu situasi yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita.

KAPAL TERBANG DENGAN SIGNAL DARI PUSAT KAWALAN 

Pernah terfikir tak macam mana Kapal terbang terbang? macam mana pilot tahu destinasinya padahal kat langit tu bukannya ada signboard pun. dan selama saya hidup tak pernah lagi dengar ( tp tak tau laa kalau ada yang pernah dengar)  kapal terbang berlaga sesama sendiri di udara walaupun banyak kapal yang berlepas dalam satu2 masa.
flash back subjek sains yang dah lama tinggal...kapal terbang di pandu oleh signal dari pusat kawalan. andai terputus signal dari pusat kawalan..perjalanan kapal terbang jadi kucar-kacir..kapal terbang juga boleh hilang kawalan dan terhempas di darat.

kaitan dengan kehidupan kita
kesimpulannya...
kapal terbang =diri kita...manusia
pusat kawalan = Allah
andai kita ada hubungan dengan Allah..kita akan selamat...andai terputus hubungan dengan Allah..kita akan musnah.. sesetengah manusia tidak sedar dia telah terputus hubungan dengan Allah...lagi dia lalai..lagi dia buat maksiat..Allah makin bagi dia kenikmatan..keseronokkan..kemusnahan dan kesengsaraan akan menanti nya di  kubur dan paling utama di akhirat nnt.
jadi..pegang erat2 bila dah dapat signal dari Allah itu..doa supaya tidak terlepas dan terputus dari Allah..

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة إنك  أنت الوهاب
Ya Tuhan kami, jangan kau pesongkan hati kami (ke arah kejahatan) setelah kau memberikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah rahmat kpd kami; sesungguhnya kau lah Maha Pemberi Kurnia.

Ada lagi nak kongsi

dengan nada suara yang menarik oleh penyampainya...membuat saya tersentuh dan muhasabah diri saya..

Dia tidak akan berzina ketika dia sedang beriman
Dia tidak akan mencuri ketika dia sedang beriman
Dia tidak akan bercouple ketika dia sedang beriman
Dia tidak akan mengumpat ketika dia sedang beriman
kesimpulannya..
Dia tidak akan melakukan dosa ketika dia beriman... 

Banyaknya  dosa yang dilakukan..maknanya belum beriman sepenuhnya laa..andai Allah tarik nyawa ketika buat dosa..tak sempat bertaubat...sia-sia lah diri kita..

moga apa yang kami dapat ini dapat meningkatkan iman kami dan iman kalian.. 

ku pohon doa dari kalian....




Kisah DIA yang diizinkan oleh Allah untuk melaluinya....


 moga perkongsian ini bermanfaat.....


Setelah 2 hari menanti di laut, akhirnya pada jam 6 petang waktu Turki, kapal Mavi Marmara bergerak ke arah Gaza, lebih kurang 400 batu lagi. Mavi Marmara adalah sebuah kapal yang digambarkan sebagai ‘the giant vessel’ dengan ketinggian lima tingkat.


Tingkat bawah menempatkan relawan wanita dan bahagian enjin kapal serta klinik. Tingkat/dek 2 di bahagian tengah adalah ‘announcement centre’, membahagikan 2 ruang besar di hadapan dan di belakang. Di ruang hadapan menempatkan relawan dari Turki dan di ruang belakang menempatkan relawan dari negeri lain. Kami relawan dari Malaysia dan Indonesia bertempat di ruang belakang berdekatan dengan beranda kapal yang menghadap ke laut.


Kami berjumlah 10 orang bersama-sama dengan 2 orang press dari Astro Awani. Relawan Malaysia diketuai oleh saudara Norazman Samsuddin, Saudara Nizam Awang, Dr Syed Halim, Dr Mohd Arba’ai dan Ust Al-Hami dari NGO Haluan, Dr Selamat Aliman dari PACE, Ust Hasanudin dari Aqsa As-Syarif, Tn Hj Jamaluddin Alias dari Yayasan Amal, saudara Halim Redzuan dari Muslim Care dan 2 orang wartawan astro awani iaitu saudara Aswad dan saudara Shamsul. Di sini kami bersama-sama dengan relawan dari Mesir (Ahli Parlimen Mesir) , Algeria dan lain-lain.


Tingkat/dek 3 di ruang depan selepas tangga adalah ruang untuk press room dan di sebelah belakangnya adalah ruang untuk solat berjemaah (Ini adalah ruangan terbuka yang menghadap ke laut). Di bahagian belakang tingkat 4 adalah tempat untuk shooting dan press dijalankan untuk menghebahkan setiap detik perjalanan konvoi ini ke seluruh dunia. Tingkat atas adalah satu ruangan terbuka yang merupakan tempat larangan melainkan mereka yang telah diberi kebenaran . Di bahagian depan tingkat lima adalah bilik pemanduan.


Pada hari itu (30 mei 2010), catuan makanan telah bermula iaitu tiada makan tengahari hanya makan malam dan sarapan pagi.Ini kerana, kami merasakan mungkin akan berada di perairan antarabangsa selama sebulan jika Israel berdegil dengan menahan kami di perairan antarabangsa. Para relawan juga tidak dibenarkan untuk mandi manda sama sekali.


Tepat jam 8 .20 malam, azan dikumandangkan oleh relawan dari Syria. Sungguh sayu sekali. Kami solat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah. Imam membaca surah yg agak panjang dengan suara yang mendayu-dayu. Semasa imam membaca qunut nazilah, ramai yang mengalirkan air mata, teresak-esak mengharapkan pertolongan Allah. Aku merasakan betapa kerdilnya diriku dibandingkan dengan Allah SWT. Begitu juga kerdilnya diriku berbanding samudera lautan yang tak kelihatan tepinya, dengan langit yang tidak kelihatan batasannya. Airmataku mengalir merasakan penuh kerendahan kehadrat Allah swt. Dalam hatiku berdoa untuk kejayaan Mavi Marmara ke Gaza. Aku juga menuluskan hatiku sekiranya esok adalah hari terakhir dalam hidupku, moga Allah menerima syahadahku dan membersihkan niatku. Masih terngiang-ngiang akan ingatan dan pesanan dari Ustaz Abdullah Thaidi dan saudara Solehuddin kepadaku sebelum kami berlepas di KLIA beberapa minggu yang lepas.


Selepas selesai solat, Sedikit taklimat keselamatan diberikan oleh Ust Hassanudin untuk semua relawan dari Malaysia dan Indonesia . Mereka semua diminta membuat persediaan. Di ruang solat masih ada lagi tazkirah yang disampaikan oleh relawan Arab seolah-olah mereka tidak merasai bahaya yang mendatang.


Jam 11malam, masing-masing telah memulakan persediaan seperti demo memakai alat-alat keselamatan, demo memakai life jaket dan lain-lain. Pada masa itu, aku dan Dr. Syed Halim telah ditempatkan di ruang solat untuk bersiap sedia memberikan khidmat kesihatan kepada relawan di kiri dan kanan dek 3. Dek 3 ini dihubungkan dengan dek 2 melalui 2 pintu di kiri dan kanan. Pusat operasi perubatan terletak di dek 2 dengan peralatan dan kemudahan yang sangat tidak mencukupi. 2 orang jururawat sedang ”standby” disitu.


Keesokan harinya, Solat subuh berjamaah pada jam 4.30pagi. Imam membaca surah dan qunut nazilah begitu panjang dan syahdu sekali . Selesai solat, kedengaran bunyi bising dari rakan-rakan sukarelawan dan bunyi letupan yang kuat. Aku terus bergegas mengambil posisi. Rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia mengambil posisi masing-masing di sebelah kiri dek paras 3, bersiap sedia dengan hos pili bomba dan apa saja yang dapat di ambil samada botol minuman atau batang kayu penyapu dan beberapa rod besi. Bahagian atas kapal upper deck dikawal oleh relawan dari Turki seramai lebih kurang100 orang. Mereka berkawal melindungi kapten kapal dari ditawan oleh para lanun Israel. Di kanan kapal juga dikawal oleh para relawan dari negara lain. Begitu juga berpuluh relawan mengawal di bahagian hujung belakang kapal yang mengadap ke laut.


Tanpa amaran, lanun Israel terus menyerang dengan 3 bot laju di kiri kapal dan 3 bot laju di kanan kapal dan 2 lagi di belakang kapal , mereka cuba menawan kapal. Letupan kuat berlaku di kiri, kanan, belakang dan atas. Mereka menggunakan bom asap, bom cahaya dan bom bunyi. Para sukarelawan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang kapal ditawan lanun Israel ini. Pancutan air dari pili bomba, botol kayu dan besi digunakan untuk mempertahankan Mavi Marmara. Pada masa itu, aku berada di belakang kapal tingkat 3 di ruang solat, melihat Ahli Parlimen, saudara Jamal membaling botol kepada lanun Israel yang cuba memanjat tebing tepi kapal. Mereka ketakutan dan menjauhkan bot dari kapal. Aku juga lihat cahaya laser berlegar-legar di badan Dr Selamat dan Ust Hassanuddin. Rupanya itu cahaya laser dari senapang Israel.


Semakin banyak bom asap yang jatuh ke bahagian tepi dek tempat relawan Malaysia dan Indonesia berkawal. Haji Jamaluddin menyerahkan pili bomba yang dipegangnya kepada seorang relawan Indonesia, Mas Okvi lantas Haji Jamaluddin yang memakai topeng gas membuang satu persatu bom asap itu ke dalam laut. Yang anehnya, setiap kali bom asap jatuh ke lantai dek, angin kuat bertiup menyebabkan tidak ada seorang pun yang terbatuk-batuk atau sesak nafas. SubhanAllah, pertolongan Allah datang tanpa diduga.


Tiba-tiba kedengaran satu letupan kecil dan pergelangan tangan Mas Okvi berdarah. Mas Okvi telah ditembak oleh lanun Israel keparat itu. Mas Okvi terus berlari ke dalam kapal untuk mendapatkan rawatan.


Tidak ada seorang relawan pun yang bersembunyi atau ketakutan , masing-masing begitu gagah berani untuk menyelamatkan kapal dari ditawan. Mereka sentiasa pasrah untuk menang atau ..........

Di lautan diberitakan ada 20 kapal perang Israel dan 2 kapal selam Israel menyertai armada lanun untuk merampas Mavi Marmara.


Di dalam press room, puluhan wartawan sedang sibuk membuat liputan dan menghantar berita ke ibu pejabat masing-masing sebelum aliran internet dan satelit di sekat oleh pihak berkuasa Israel. Mas Suria dari media Indonesia bergegas keluar dari press room dengan kameranya untuk merakamkan peristiwa yang berlaku. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai dan mukanya pucat lesi. Dia sempat ditarik ke dalam press room oleh rakan-rakan dari press . Darah tersembur dari dada kanan beliau. Peluh dingin membasahi dahi dan badannya. Pertolongan cemas diberikan kepadanya .


....................................................................................................................................................


Sementara itu, Dr Arif Rehman mengkhabarkan bahawa satu helikopter datang dari atas, 3 komando lanun Israel turun menggunakan tali, sampai kebawah terus ditangkap oleh relawan Turki, senjata mereka dirampas, mereka ditawan. Didapati pada diri mereka ada risalah menyiarkan gambar foto 16 orang yang akan dibunuh, antaranya Presiden IHH Bulent Yıldırım, seorang paderi dan Sheikh Raid Solah.


Helikopter pertama meninggalkan kapal apabila relawan Turki menghalakan lampu spotlight kepada mereka. Datang pula helikopter kedua dan beberapa komando turun menggunakan tali, sangat cepat dan pantas sekali.


Seorang relawan Turki, saudara Nicchi yg sedang ambil foto, ditembak tepat di dahi antara kedua keningnya dan tembus ke bahagian belakang kepala dan meninggalkan luka sebesar tapak tangan.Otak tersembur keluar. Bertaburan di lantai. Darahnya tersembur keluar seperti air paip terus membasahi lantai kapal. Dr Arief Rehman dari Mercy Indonesia terus meluru kepada relawan tersebut. Dr Arief cuba merawatnya , apakan daya, relawan Turki itu terus tercungap-cungap. Relawan lain membantu membawa beliau ke dek tingkat 2 untuk dapatkan rawatan lanjut. SubhanaAllah...dengan izin Allah, dia telah syahid menemui RabbNya.....AllahuAkbar


Apabila komando Israel telah mula menembak menggunakan peluru hidup dan mengorbankan seorang relawan, maka Bulent Yıldırım, pengerusi IHH mengarahkan supaya mengibarkan bendera putih tanda kami menyerah diri. Tetapi lanun Israel terus menembak relawan yang berada di bawah mereka secara membabi buta . 3 orang lagi yang terkorban. Ramai juga para relawan Turki yang ditembak di dada, perut, tangan ,kaki dan betis. Rupanya ada juga komando lanun Israel yang tercedera kerana terkena tembakan rakan sendiri. Dr Syed Halim, sahabatku yang merawat luka lanun Israel yang tercedera itu. Dr Syed meminta beberapa relawan Turki memegang lanun Israel itu, lanun itu kelihatan takut dia akan diperapa-apakan oleh Dr Syed. Akhirnya didalam kekecohan itu, lanun Israel terjun ke laut.


Situasi kapal Mavi Marmara semakin kelam kabut. Ketika itu aku berada di ruang solat dek 3, aku sedang sibuk mengambil foto bot-bot lanun Israel itu. Tiba-tiba dikejutkan oleh beberapa relawan Turki dari tingkat atas yang membawa seorang rakannya yang tercedera. Walaupun agak kepayahan, aku cuba mengarahkan mereka ke ruang rawatan yang terletak di ruang tengah dek 2.


Di ruang rawatan itu, aku sangat terperanjat melihat seorang yang telah syahid dan 2 orang yang sedang diresusitasi oleh Dr Syed Halim bersama rakan-rakan doktor yang lain. Seorang relawan yang nazak cuba kami bantu dengan menginfuse drip NS dan memberikan resusitasi. Keadaan memang sangat gawat sekali kerana kekurangan peralatan yang ada seprti drip set, branula, oksigen, plaster dan lain-lain. Ini kerana kami tidak menyangka Israel sanggup bertindak seganas dan sesetan ini. Dalam taklimat yang kami terima sebelum ini kami hanya menyangka mendapat luka-luka ringan dan tiada kematian. SubhanaAllah inilah keturunan manusia yang pernah menyembelih Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dan membunuh beribu saudara kami di Palestin. Pada hari ini kami bukan berdepan dengan manusia tetapi berdepan dengan para syaitan yang berbadan manusia.

*************************

1 jun 2010,11pagi



aku terjaga dari tidur....dalam keadaan separuh sedar...

"aku di mana ye?.... kenapa ruang tidur seperti di asrama sekolah menengah dulu???" aku bermonolog sendirian.

Lalu aku berdiri dan mendekati tingkap dan memandang keluar...tiada apa yang kelihatan.

tiada pokok-pokok. Yang kelihatan hanya lah bumbung-bumbung bangunan.



Dimana aku???

aku menoleh ke katil satu lagi, kelihatan wajah yg

sangat dikenali...rupa-rupanya Dr Syed Halim, rakan karibku. kelihatan Seluar Dr Syed

terdapat banyak tompokon darah....

Baru aku tersedar aku telah ditahan di penjara Israel , Beer Syiba. Aku pun melihat seluar dan bajuku,

banyak juga darah yg terpalit.


Aku mengimbas kembali peristiwa yang baru sahaja aku alami di atas kapal mavi marmara, berjam- jam kami pasukan medik cuba untuk menyelamatkan 4 relawan Turki yang sedang nazak. Berbagai-bagai usaha dilakukan termasuk menginfuse drip....CPR....

Kami hanya mampu berusaha dengan sedaya mungkin dan berdoa kpd Allah tetapi Allah telah memilih mereka sebagai syuhadak. Aku dan Dr Syed Halim bergegas ke ruang hadapan dek 2. Berpuluh-puluh relawan cedera parah. Ada yang cedera parah di perut dengan 2 hingga 3 kesan luka, ada yg cedera di dada berpeluh dingin dan nafas yg tersekat-sekat. Ada juga yang patah tangan atau kaki, darah di sana sini....seperti dalam suasana peperangan. Ramai relawan lain yang tergesa-gesa menolong rakan mereka.


Di atas sebuah kerusi berdekatan dengan pintu, aku melihat MAS Okvianto dengan tangan kiri yang terkulai dan pergelangannya terdapat darah yang meleleh. Kami membalut lukanya dan membuat splint dari kertas kadbod untuk menyangga tangannya yg patah . Di satu sudut, Mas Surya yang cedera ditembak di dada kanannya sedang ditenangkan oleh Ust Zikrullah. Kelihatan mukanya pucat lesi dan peluh dingin membasahi badannya . Pernafasannya kelihatan sukar sekali. Aku sempat mengaskaltasi dadanya , Alhamdulilah aliran udara paru-paru kanan dan kirinya masih stabil. Seorang relawan Turki di ruang tengah telah muntah-muntah. Masih kelihatan darah mengalir dari 3 lubang tembakan yang ditembak Yahudi laknatullah di perutnya. Perutnya sangat keras dan nyeri sekali. Drip telah diinfuse .


Walaupun dalam keadaan yang sangat kritikal, apa yang aku lihat tidak ada seorangpun yg merintih atau meraung- raung kesakitan. Seolah-olah mereka semuanya bertasbih kepada Allah.


Dr Maulut dari Turki iaitu ketua bahagian Kesihatan kapal meminta Israel menghantar mangsa-mangsa tembakan Yahudi ke hospital terdekat....mereka berkeras menyatakan bahawa kapal ni berada di perairan antarabangsa, mereka enggan menghantar mangsa ke mana-mana hospital...

Memang dasar yahudi zionis laknatullah!!!!!

Kalau dah tahu kami berada di perairan antarabangsa... Mengapa menyerang Kami??!!! sungguh biadap dan kejam!!!


Setelah negosasi selama 2 jam, barulah mereka mahu mengevacuate mangsa keganasan mereka ke hospital di Israel menggunakan helikopter. aku dan beberapa org doktor dengan bersusah payah memindahkan para aktivis yang cedera parah dengan tulang peha yg patah dan perut yang luka ke kanvas kecemasan untuk diterbangkan menggunakan heli. Kemudian Kami menggangkat mereka ke bahagian hujung belakang kapal mavi marmara di dek 2 melalui ruang yang dipenuhi oleh penumpang perempuan. Isteri Ust Zikrullah sempat bertanya padaku

"ada nampak Saudara Norazman , Hj Jamaludin dan Ustaz Feri Noor?"

aku hanya menggelengkan kepala.

" Mereka syahid kah? Entahlah.....


Di hujung buritan dek dua kapal itu, kelihatan lebih 20 orang askar Israel yg beruniform biru atau hijau Tua dengan senapang dan pistol diacu kepada kami serta seekor anjing German Shipperd yang siap sedia untuk menerkam kami . Seperti kami ini ada senjata untuk membunuh mereka. Dasar Yahudi pengecut!!!

Dr Maulut sempat berkata " we are doctors!!! don't shoot at us!!!.


Kami telah diarahkan untuk naik ke dek tiga untuk dikumpulkan. Sebelum aku menyerah diri , aku sempat melintasi 4 syuhadak yg terbujur kaku di bahagian depan kaunter makanan . Air mataku mengalir dengan deras, mengenangkan kesolehan dan kebaikan mereka. Salah seorang yang amat aku kenali iaitu seorang ustaz lepasan Al-Azhar yang hafaz 30 juz Al- Quran. Begitu juga rakan-rakan yang baru aku kenali di dalam pelayaran ini. Allah telah pilih mereka untuk syahid.... Subhanallah....

Ku buka selimut muka mereka satu demi satu... wajah mereka cukup tenang dan kelihatan seakan-akan tersenyum, masih kelihatan lagi kesan-kesan darah di muka mereka....Aku sempat mencium mereka...aku tercium bau wangian kasturi seakan bau yang pernah aku hidu di gua yang menyembunyikan Rasulullah semasa perang Uhud...gua yang sempat aku ziarahi ketika aku menunaikan ibadah haji yang lepas . Air mataku bertambah deras...


Dalam perjalanan ke tempat berkumpul, aku sempat berbisik dengan Dr Syed...

" ana tercium bau kasturilah akhi...".

Aku lihat air mata sahabatku yang ku kasihi ini membasahi janggutnya. Mungkin dia rasa terkilan kenapa Allah tidak memilih dia untuk menemui Rabbul Jalil. Kami telah berjanji seandainya Kami yg Allah pilih... Kami mahu disemadikan di tanah Palestin bersama-sama para anbiya' dan syuhadak Syeikh Ahmad Yassin....


Kami, para doktor adalah antara orang yg terakhir ditawan dan diikat oleh tentera Israel laknatullah. Semasa melintas di hadapan seorang tentera Israel berbaju biru yang berkulit seperti orang Negro, dia sempat bertanya Dr Syed

"You like Palestine???"


sambil mengacukan pistol ke arah kepala Dr Syed.


"yes, so what !!!"...Dr Syed menjawab tegas.



Aku lihat mata Israel laknatullah itu seperti syaitan yang siap untuk meratah mangsanya.


Tangan kami diikat ke depan dengan plastik pengikat kabel. Sangat ketat dan nyeri sekali. Selama berjam-jam kami diikat tanpa belas kasihan. Masuk waktu solat zohor, Kami solat bergilir-gilir. Kemudian kami diperintahkan ke dek dua untuk dikumpulkan di sana. Selepas menuruni tangga ke dek dua aku nampak relawan Nizam Awang.....gembiranya tak terhingga kerana dia selamat. Aku juga nampak Aswad dan Samsul, dua orang hero mewakili press Malaysia dari Astro Awani.


Selama 15jam kami ditahan oleh tentera keparat itu tanpa diberi makan dan minum...nak buang air kecil pun tidak dibenarkan...Ya Allah sakitnya pundi kencingku..nak tidurpun tak boleh sebab rasa nyeri nak buang air kecil sangat kuat.

Dalam hati aku berkata...

“celakalah kamu wahai Org Yahudi yang telah dilaknat oleh Nabi Isa dan Nabi Daud . Kalau aku mati aku ada Allah.... kamu ada siapa??!!!”


Rasa nak baca Al-Quran tetapi telah tercicir entah di mana.

Menjelang hampir subuh barulah kami dibawa ke pelabuhan Ashdod untuk ditahan . Setiap orang dilayan bagai penjenayah besar dunia . Setiap aktivis diiringi oleh 2 orang polis preman dan terpaksa melalui banyak cek poin. Semua diperiksa dengan teliti....... sim card, pen drive , hard disc, camera... semua dirampas. Alhamdulilah duit yang ada di tangan tidak dirampas . Banyak dokumen yang dipaksa untuk kami tanda tangani . Ramai relawan yang tidak mahu tanda tangan terutama dokumen yang berbahasa Yahudi. Selepas terpaksa melalui pemeriksaan yang ketat, akhirnya kami dibawa menaiki bas..Masa tu subuh telah menjelang....

*************************


will be continue??? insyaAllah....
 







Allah Maha Menghidupkan...Allah Maha Mematikan




..........الله يحيي ويميت........
Allah Maha Menghidupkan dan Allah Maha Mematikan







4 jun 2010
9.00pm
Stesen Bas kota Bharu

Dalam kekalutan dan kebisingan menanti bas yang tak datang-datang, hp ku tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan dari seseorang. tertera nama sahabat ku di USIM di skrin hp. lantas aku menjawabnya.
" anti tahu dah jannah sani masuk icu petang td kat langkawi?? dia eksiden...pastu...dia dah disahkan meninggal maghrib tadi......" sahabatku menyampaikan berita yang amat mengejutkan...
tergamam dan aku terjerit seketika..aku suruh sahabatku mengulangi apa yang dia katakan  tadi..sukar untukku terima khabar ini. selama ini khabar kematian yang aku terima semuanya mengejutkan diriku tapi khabar kematian kali ni teramat-amat mengejutkan diriku..sahabat rapat  sendiri, satu batch dgn ku..telah pergi meninggalkan dunia ini. bayangan dan kenangan bersama jannah bermain-main di fikiran. kenangan dengannya di Matri dulu, satu kelas dengan nya, ketika sama2 menjalankan tugas sebagai pengawas dalam satu biro yang sama..ketika sama2 bermain bola jaring dengan nya...ketika kami masing2 menjadi pendengar setia masalah yang kami sama2 luahkan...kenangan2 itu terus menerpa fikiranku..
sedih, rindu dan macam2 perasaan dalam hatiku..
Jannah sahabatku..
kau pergi dulu meninggalkan diriku...
moga Kau ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya..
moga tempat persemadian mu menjadi salah satu taman2 syurga..


6 jun 2010
sebelum Subuh
airport KLIA

hari ini aku menanti kepulangan dia yang amat kukasihi. Dia yang amat kukagumi. Dia yang banyak berjasa dan berkorban buatku..itu lah abah ku yang tercinta. amat aku nantikan saat kepulangannya. Kepulangannya kali ini  membuatkan aku rasa aku diberi peluang oleh Allah untuk hidup bersama dengan abah ku lagi.
masih segar dalam ingatan ketika hari keberangkatan abahku serta sahabat2 nya yang lain ke Turki untuk menyertai misi LL4G. aku hanya sempat meluangkan masa 1 jam sebelum abahku berangkat pergi. masa itu   amat berharga buatku kerana aku tak pasti samaada aku akan bertemu abah aku lagi ataupun tidak. saat2 akhir abah akan berangkat, aku salam abahku, ku cium tangannya dan pada hari tu aku lakukan satu tindakan yang jarang aku lakukan sejak aku meningkat remaja.....aku cium pipinya tanda kasih ku padanya.
that moment will always be in my mind. 
dan pada hari ni, aku akan menyambut kepulangannya... Alhamdulillah, Allah masih lagi menghidupkannya setelah melalui saat getir diserang tentera zionis laknatullah.
setinggi kesyukuran pada Nya....


Dua peristiwa ini  yang saya lalui  yang membuktikan bahawa  Allah ini Maha menghidupkan dan Allah ini Maha Mematikan.. Andai kematian telah tercatat pada waktu itu, di tempat itu..maka mati lah  kita pada ketika itu...tidak terkurang masanya dan tidak pula  terlebih masanya..Mari kita lihat...masih ramai yang Allah selamatkan dan memberi peluang untuknya hidup walaupun  mengalami saat yang getir seperti kemalangan yang dahsyat, diserang oleh musuh..dan ramai juga yang Allah takdirkannya untuk mati...dan ada juga yang Allah mematikannya disaat dalam keadaan yang aman..tidak sakit. tidak berperang...Maha Suci Allah yang Maha Menghidupkan dan mematikan.

ingatlah...setiap kali kita dapat lagi bangun dari tidur..dapat lagi bernafas...itu bermakna Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bertaubat dan beramal padaNya dengan lebih banyak lagi...ingat..kematian datang tanpa kita tahu bila ia akan datang...kita yang mesti sentiasa bersedia..
wallahua`lam...

hajat doa dari kalian 

update on lifeline4Gaza.....

From: Mohd Nizam



Date: May 24, 2010 8:59:20 PM PDT
To: haluanpalestin@yahoogroups.com


Subject: Re: [haluanpalestin] DOAKAN KEJAYAAN KONVOI LL4G
aslkm
pelayaran tertangguh sebentar sbb kapal dari Greece masih belum tiba di tempat yg telah dijanjikan (berdekatan Cyprus). Konvoi ini mesti mengikut perancangan rapi, sbb kita bakal brhadapan dgn zionis yg begitu tersusun rapi. Kami akan tunggu arahan seterusnya. Mungkin petang ini, atau esok, akan bertolak.
skrg kami masih d Antalya.

Doakan utk kami.
// mnma




From: abd bashir abashir_66@yahoo. com

Cc: haluanpalestin@ yahoogroups. com
Sent: Tue, May 25, 2010 11:26:34 AM


Subject: [haluanpalestin] DOAKAN KEJAYAAN KONVOI LL4G




Assaalamualaikum wbth.
Konvoi LL4G kini sudah memasuki fasa akhir dan paling mencabar.
kapal dan armada dinaiki sahabat kita bersama NGO internasional
akan menerobos sekatan kapal-kapal Israel terlebih dahulu sebelum
dapat mendarat ke Gaza menerobos tembok kematian Gaza.


Israel akan gunakan apa sahaja helah dan strategi untuk menghalang
konvoi ini sampai ke Gaza. Hatta sedia mengebom aje armada NGO ini
demi menunjukkan keangkuhan suatu bangsa yg terlaknat.


Marilah kita terus mendoakan keselamatan sahabat kita ini. Ada peluang
anjurkan solat hajat dan doa qunut nazilah di masjid2 dilokaliti masing masing.
Inilah jua hajat saudara kita, agar kita sentiasa mendoakan mereka tanpa jemu...


INILAH SENJATA MUKMIN MENENTANG MUSUH YANG ANGKUH ini.


Kepada ibubapa, isteri, anak-anak yang ditinggalkan suami demi menyahut panggilan jihad
ini, harap ada sahabat / akhwat / sohibah yang berdekatan agar sentiasa silih berganti

kunjung dan ziarah mereka memberi sokongan moral dan semangat juang kepada zaujah
dan anak-anak mujahid ini bukan sahaja dikalangan ahli kita tetapi semua yang mewakili NGO lain.


Harap mereka dapat tetap bersabar dan tabah menghadapi situasi sukar ini. InsyaAllah, Allah bersama
mujahid suami mereka dan mujahid lain atas jalan deen Allah ini.
Semoga Allah selamatkan saudara kita ini. Sesungguh 5 orang sahabat yang menyerahkan
jiwa raga mereka kesana adalah mewakili 300 juta umat islam di nusantara ini.
Subhanallah. ....


kita tersentuh dengan ucapan mereka melalui lintas langsung radio ikim fm yg begitu besemangat
menyertai misi ini. Misi jihad yang tidak tahu apa kesudahannya. .. samada kembali atau syahid...
wallahualam.


Ya Allah Ya Tuhan kami....
Selamatkan Saudara Kami ini, Jayakan Misi Mereka dan kami ini,
Moga tercapai cita-cita menerobos tembok kematian
demi membantu saudara kami di Gaza, Palestin.

Gagalkan perancangan jahat yahudi dan zionist ini.
Berilah kemenangan kepada konvoi LL4G...
Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa atas segala sesuatu


Amin.






ALLAHUAKHBAR !!!


WALILLAH HILHAM.....



hajat sangat doa dari kalian....hajat sangat2...
ya Allah..kuatkanlah hatiku....

...keberangkatan mereka....

 Baru sahaja  lepas membaca satu artikel di laman web Haluan Malaysia...

alhamdulillah..Allah izin saya berada di KLIA pada malam keberangkatan mereka ke Turki untuk menyertai misi LifeLine 4 Gaza . Walaupun hanya tinggal sejam lebih sahaja untuk bertemu dengan mereka, saya rasa bersyukur sangat..mungkinkah ini kali terakhir?? tiada siapa dapat menduga..
Bak kata ketua misi Lifeline for Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini”..

Malam itu malam yang mendatangkan seribu perasaan...malam yang menunjukkan betapa kentalnya jiwa para mujahid pilihan Allah..sewaktu saya baru tiba di KLIA..semuanya sedang berkumpul..sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh seorang ustaz..setelah itu mereka bergambar..dan takbir juga dilaungkan...

 Malam tu juga  malam yang paling sayu..yang paling saya sayu bila lihat si ayah berkumpul dengan keluarganya sebelum turun ke tempat pelepasan..anak-anak perempuanya dan isterinya, mengalirkan air mata..si ayah mendukung anaknya yang kecil (saya rasa dalam lingkungan 3 tahun)..memeluknya dan mencium sepuas hati..sayu saya lihat..
ada seorang ayah..peluk anaknya erat sangat..cium anaknya berkali-kali seakan-akan ini kali terakhir dia akan bertemu..
ada seorang suami..berdekatan dengan tempat yang saya duduk waktu tu..duduk berdua dengan isterinya...mungkin sedang saling memberikan kata-kata semangat dan saling menguatkan sebelum si suami berangkat pergi...
sayu sungguh  bila lihat anak-anak berlari-lari demi melihat ayahnya berjalan menuju ke tempat pelepasan sehingga kelibat si ayah tidak kelihatan lagi..sayu sungguh..

itu lah kisah malam tersebut...kini saya hanya mampu mendengar khabar berita perkembangan mereka dan konvoi LL4GAZA melalui corong radio IKIM...dan dari internet sahaja...kepada semua pembaca..jangan lupa..rajin2 kan lah diri mendengar siaran di radio IKIM dalam pukul 10 malam tentang perkembangan konvoi ini..siaran ini adalah secara langsung selama 20 hari..malam ni masuk malam keempat..jangan lupa.. :)

sama-sama lah kita doakan mereka, buat solat hajat...qunut nazilah...moga Allah permudahkan urusan ini..sumbangan juga jangan dihentikan....

ya Allah..lindungi mereka..permudahkan urusan mereka..berikan yang terbaik buat mereka..

ku pohon sangat doa dari kalian..ya Allah..kuatkan hatiku dan mereka..

~puterianamas~

...SABAR...

Salam alaik...
lama sudah saya tak post entry baru..
masa makin sibuk..kadang2 line internet pn ada prblem juga..
alhamdulillah..kali ni Allah izinkan aku untuk menaipkan sesuatu...

Saya nak kongsikan sesuatu dari apa yang saya dapat dari kelas sistem tarbiyah pelajar(STP) di mana sir ROsdi Baharom sebagai lecturer saya..(untung rasanya..Alhamdulillah)

Sir Rosdi ada berkata tentang SABAR....
..." sabar seorang muslim ialah sabar dalam mentaati Allah...sabar dalam mengikuti perintahNya...
      sabar dalam meninggalkan laranganNya..tapi sabar ini lah yang paling sukar..."

Bukan mudah untuk memiliki kesabaran ini. saya akui mmg sangat sukar..lagi-lagi sabar dalam meninggalkan laranganNya..banyak yang di larangNya sangat kita sukai dan sukar untuk tinggalkan..perlukan mujahadah yang tinggi...
tapi ingatlah...
Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar...

buat adik-adik yang baru shj masuk ktd...baik program under kuis mahupun UTM..
moga adik-adik sabar dalam menjalani kehidupan di KTD...sabar dalam menjalani proses pembaikan diri di sini...moga Allah sentiasa bersama adik-adik...

KTD adalah sebuah KILANG yang mengeluarkan produk insan yang berkualiti..terima kasih Ya Allah..Kau takdirkan aku di sini....

ku pohon doa dari kalian..
  

:: Projek Kutipan Sumbangan Palestin::

Hujung minggu lepas, Allah izin banyak sangat program yang diadakan. HIMEGA, seminar wanita yang mengundang Ummu Muhammad, wanita Palestin dan isteri kepada seorang As-syahid..dan di Johor pula ada projek kutipan sumbangan Palestin di sebuah shopping complex, Plaza Angsana Johor Bahru..
Pening juga kepala memikirkan mana satu yang perlu saya sertai..HIMEGA perlukan tenaga..Projek di Plaza Angsana juga perlukan tenaga..Hati saya berbelah bahagi waktu tu..Dua-dua saya teringin nak pergi..akhirnya, serahkan sahaja pada Allah..doa saya, dekatkan pada saya mana yang terbaik untuk saya pergi..
Dengan keizinan Allah, adik saya yang kecil demam. Ayah saya minta saya jaga adik di rumah dan tak perlu ke HIMEGA..Sudah tercatat olehNYA, saya ke projek di Plaza Angsana.

Projek Kutipan Sumbangan untuk Palestin dijalankan di Plaza Angsana selama 2 hari. Hari Sabtu dan hari Ahad bersamaan 24hb - 25hb April..Saya berkesempatan mengikut ayah dan ibu saya untuk menyertai projek ini pada hari Ahad sahaja..
Kami mula projek ini pada pukul 11pg..bertempat di hadapan sebuah bookstore yang agak famous laa kat Johor ni..Badan Cemerlang...jadi, ramai laa yang berkunjung di situ. Lebih-lebih lagi hari minggu.

Peluang saya  menyertai projek kutipan sumbangan palestin ini, macam-macam ragam dan reaksi masyarakat yang dapat saya lihat..ada yang membuat saya gembira..ada yang membuat saya rasa hairan dan sedih..lucu pun ada...ramai yang kami seru untuk menderma sanggup menghulurkan sedikit dari wang yang mereka ada untuk Palestin..rata-ratanya memberi RM10..ada yang sebelum memasukkan duit ke dalam tabung yang kami sediakan, mengucap Bismillah dahulu..ada yang berdoa agar anaknya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan..dan ada juga mengambil peluang ini untuk mendidik anak-anak mereka untuk suka menderma..comel sungguh adik-adik tu. ada yang agak rendah, bersungguh-sungguh nak masukkan duit ke dalam tabung..tapi...tak sampai..akhirnya, terpaksa lah saya turunkan tabung ke lantai agar adik tu dapat masukkan duit ke dalam tabung..
Ada seorang pak cik yang lalu depan port kami, lama dia tengok tabung..lama dia renung bunting yang kami gantung..rupa-rupanya pak cik tu ragu-ragu dengan kami..Dia ingat kami ni menipu..sebab alamat yang ada pada bunting alamat Selangor..yang kami ni kutip sumbangan di Johor..jadi, pak cik tu sangsi laa dengan kami..mak saya pun terangkan balik pada pak cik tu..Alamat yang ada pada bunting tu adalah alamat Biro Palestin Induk..Kami ni wakil bagi Negeri Johor..Terangguk-angguk pak cik tu..
nak tahu pak cik tu cakap apa..
" sampai kiamat pun isu tak akan habis. kita bg bantuan..bina masjid..kena serang..habis runtuh..tp tak pe..lambat laun mesti menang punya..dalam Al-quran pun ada cakap.."
terkejut dan tersenyum saya waktu tu..ada juga segelintir dari masyarakat ambil tahu tentang Palestin..
tapi ada juga yang tak mahu ambil tahu..ada seorang kakak yang lalu depan kami.
"dik..sumbangan untuk Palestin dik..". ujar mak saya sambil memberi pamplet.
" Emm..Palestin..." sambil meletakkan jarinya di pipi dengan muka yang keberatan..lalu dia pergi macam tu sahaja..sedih saya waktu tu..Keadaan Palestin sedang kronik sekarang..tiada kesedarankah dalam diri dia??
Moga Allah memberi kesedaran buat kakak tu..

Itulah serba sedikit yang boleh saya kisahkan  di sekitar projek  kutipan sumbangan Palestin.Banyak yang saya pelajari dan menjadi satu pengalaman yang cukup berharga..pengalaman menghadapi orang yang tak pandang langsung pun apa yang kita cuba nak sampaikan..

 semoga Allah Rahmati akak...


Masih ingat lagi kata-kata ayah pada saya sebelum bermula " apa yang penting, kita kena cakap..setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, ada ganjarannya". 
InsyaAllah, moga Allah memandang segala  usaha untuk membantu Palestin ini..

sebelum saya berhenti..ada berita baik buat pencinta amal-amal Islami terutama sekali orang-orang Johor laa..^_^ hujung minggu ni bersamaan 1 Mei dan 2 Mei akan diadakan lagi projek kutipan ini. Kalau tak silap.. ayah saya ada kata, nak jalankan projek ini di 5 tempat di sekitar kawasan Johor bahru dan yang berdekatan dengannya ( saya tak sure laa ttg tempatnya). jadi, jangan lepaskan peluang...jom ramai-ramai kerahkan tenaga untuk membantu saudara seaqidah kita di Palestin  dalam menuju  Redha Allah..

Wallahua`lam..
ku pohon doa dari kalian.





~satu kisah~

ingin berkongsi satu kisah dengan kalian..ummi forward kisah ini pada saya..mungkin ummi mahu saya ambil iktibar dan mencontohinya..mungkin ummi mahu anaknya ini jadi sepertinya..kisah ini dipetik dari blog seorang hamba Allah...moga bermanfaat...
Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW 5 APRIL 2010
Kisah Benar:
Pelajar UIA bermimpi
bertemu Rasulullah SAW
5 APRIL 2010


Kuala Lumpur, - Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah S.A.W...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah S.A.W. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi S.A.W. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi S.A.W. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn telatah dan sikap serta perangai ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi S.A.W."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!



kerdilnya diri ku....
ku pohon doa dari kalian...

pedulikah kita???

Kami tinggal di sebuah penjara terbuka
yang paling besar di atas muka bumi,

kami perlukan sesuatu untuk makan,
dan anak-anak kami kelaparan,

kami perlukan air dan elektrik,

kami dikepung,
dan helikopter sentiasa berlegar-legar di udara,
Jet F-16 sentiasa memekakkan telinga kami,
kereta kebal terus menghentam kampung-kampung kami,
Hospital kami bukan lagi tempat untuk merawat...
ke mana harus kami bawa anak-anak yang sakit???

Mereka memberi amaran supaya kami meninggalkan Gaza...
tapi ke mana kami hendak lari??
kami tidak ada jalan keluar...

Masyarakat dunia menjanjikan bantuan 
sebanyak 4 billion dollar untuk bangunkan semula Gaza..
namun..janji hanya tinggal janji..- akibat sekatan Israel..

Apakah kamu semua tidak terdetik untuk menyelamatkan kami??!!!

Ataukah kamu hanya menantikan saat kematian kami
dan semua generasi kami dari bumi bertuah ini??!!

~copied from pamplet of lifeline4Gaza~
(masih copy sajak org lain)


Haruskah kita hanya berdiam diri di kala saudara-saudara kita di sana sedang menanggung beban yang terhimpit??
atau kita hanya menantikan saat kematian mereka dan semua generasi mereka hilang di atas muka bumi ini...baru kita nak sedar dari lena kita!!!
mereka saudara seakidah dengan kita..mereka mesti  kita bantu..
  dan tanah barakah  itu...Palestin..
bukan rakyat palestin sahaja yang bertanggungjawab dalam mempertahankan ia..
kita juga wajib mempertahankan nya..
Dr Yusuf Al-Qordhowi menyatakan WAJIB ke atas semua umat Islam membantu dalam mengambil semula Palestin dari tangan Zionis Israel yang terlaknat itu...WAJIB!!!

Pada yang diberi peluang untuk ke sana..
siapkan dirimu, fizikal, rohani... siapkan sehabis mungkin..
Pada yang punya lebihan harta..
infaqlah harta mu itu..contohi akhlak mulia Saidina Abu Bakr dan para sahabat yang lain dalam menginfaqkan harta fisabillillah..
Pada yang punya kekuatan untuk menulis..
tajamkanlah mata pena mu..cerita, seru, bangkitkan semangat, sedarkan yang masih lena dengan tulisan2 mu..
boikot produk yahudi dan sekutu-sekutunya..
paling penting..DOA...
doa senjata paling utama...
bantu lah sehabis daya kita..
moga Allah pandang kita dan menerima segala amal kita..insyaAllah..

P/s: mari lah kita sama2..dengan rasa `Izzah..minta sumbangan Palestin dari kenalan2 kita..masyarakat sekeliling kita untuk memenuhi target Lifeline4Gaza....ayuh!! ini lah langkah kita dalam menggapai RedhaNya...





ku pohon doa dari kalian..

~Wallahua`lam~