Sudah mahu berganjak ke tahun yang kedua dalam mempelajari dan mendalami bidang yang telah dipilih ini. Sungguh, saya tidak percaya, saya telah berada di tahap ini. Saya teringat waktu awal-awal dahulu, ayah saya hanya memberi dua pilihan samaada ambil bidang perubatan atau deeniyah. Maka, bidang deeniyah ini lah yang Allah takdirkan untukku.
Sebenarnya, sejak dari tadika lagi, tak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi salah seorang yang mendalami bidang ini. Yang hanya ada di fikiran hanyalah DOKTOR...DOKTOR...DOKTOR...Sedari kecil lagi, memang cita-cita saya adalah menjadi doktor. Mungkin kerjaya ibu bapa saya banyak mempengaruhi cita-cita saya ketika itu. Sewaktu naik tingkatan 4, saya memilih untuk memasuki kelas aliran sains tulen. Ini menguatkan lagi cita-cita saya untuk menjadi seorang Doktor.
Penyusunan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya. Tawaran kemasukan ke bidang perubatan atau aliran sains tak kunjung tiba. Kemungkinan keputusan SPM saya tak berkelayakan untuk mengambil jurusan itu. Allah izin, tawaran ke bidang deeniyah dalam course Al-quran As-Sunnah sampai kepada saya. Tawaran dari KTD..^_^..
Kalau dulu, abah sering menyokong saya untuk menjadi seorang doktor. Tapi sejak akhir-akhir saya tingkatan 5, abah memujuk saya untuk mengambil bidang deeniyyah. Kata abah umat Islam sekarang kurang golongan profesional dalam bidang deeniyyah. Lebih-lebih lagi, dari kalangan muslimat. Abah berharap sangat andai ada di kalangan anak-anaknya yang mengambil bahagian deeniyah.
Awal-awalnya, berat dan sedih juga meninggalkan cita-cita yang saya impikan sejak kecil lagi. Timbul juga rasa cemburu bila mendengar khabar sahabat-sahabat saya yang akan fly ke timur tengah untuk berjuang dalam bidang perubatan. Waktu itu, memang kena banyak pujuk hati.
Kini, saya rasa gembira belajar dan mendalami bidang ini. Lebih-lebih lagi, mendalaminya di ipt kesayangan, KTD..^_^..Pernah datang tawaran ke matriks waktu pertengahan sem 1 untuk panggilan kedua. Pihak matrikulasi menawarkan bahagian sains buat saya. Itulah satu-satunya peluang buat saya untuk memenuhi cita-cita saya itu. Kerana hati sudah mula jatuh cinta pada bidang deeniyyah dan KTD, saya tolak peluang keemasan itu.
Walaupun tak dapat nak capai hasrat dan cita-cita untuk jadi seorang Doktor perubatan..akan saya capai Doktor dalam bidang ini. Itu lah harapan kedua orang tua saya dan yang paling penting, itu lah harapan Islam.
Suka saya nak peringatkan diri saya,
ruyung yang ku pilih ini,
bukan sahaja untuk mempelajarinya..
malah wajib untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain..
ruyung yang ku pillih ini,
akan membuatkan masyarakat memandang lebih pada diri ku..
segala gerak-geri, akhlak, pemakaian...
semuanya akan dipandang dan diperhati...
dan akan dicontohi..
ada seorang senior pernah berkata,
"dari perlakuan kita, masyarakat boleh buat fatwa"..
Betapa beratnya tanggungjawab orang yang mendalami agama ini....Ya Allah, ku pohon kekuatan dariMu...
Akhir kata, Ku seru teman-teman seangkatan ku yang lain jua diri ku ini...mari lah kita lebih serius dalam mendalami bidang yang kita pilih ini..setiap apa yang kita pelajari, kita amalkan..Islah diri dari masa ke semasa..ubah cara hidup kita sedikit demi sedikit..saya tak mahu seandainya kita seorang ustaz atau ustazah hanya sekadar memegang title itu..jadi lah ustaz dan ustazah yang benar2 seorang ustaz dan ustazah yang benar2 mendalami dan mengamalkan Islam sebenar-benarnya..
Buat teman-teman seperjuangan yang berada di bidang yang lain..Saya tidak bermaksud bidang yang kalian ceburi itu tidak penting. Bidang-bidang yang lain jua penting dalam membangunkan ummah ini. Untuk membangunkan Islam, Islam hendaklah global kan?? Semua bidang Islam kuasai.. Berjuang lah dengan penuh gigih untuk capai yang tertinggi...kalian jua harapan Islam..kalian jua amat penting dalam membangunkan ummah...kalian jua bertanggungjawab dalam menunjukkan Islam yang sebenarnya kepada masyarakat. Berjuang dan trus berjuang ..sampai keletihan letih mengikut kalian..doaku sentiasa di samping kalian..
setakat ini dahulu..maaf andai tersalah bicara..
6 comments:
:)..bruntung tmah krn Allah beri tmah bljr bidang ni...
Rosni nk sgt bljr bidang ni tp Allah tak izin lg kot..good luck tmah..
hajat doa tmah..
salam alaiki fatimah..
"sistem hari ini buat kita rasa lekeh blajar bidang deeniyah"
still remember?
jaga ALLAH, ALLAH jaga kamu..
berhajat utk jejak kaki ke KTD
keep moving forward my dear fatimah..
p/s:suami doctor, hmm?
to rosni:
Allah knows better than us..Dia yang menentukan yang terbaik utk hambanya..
to mya:
insyaAllah..syukran jazilan mya..doakan ana yea..
^_^
salammm ukhti..
bleh je nti nk jd doktor..belajar smpai phd insyaallah dpt 'doktor'..hehe
oleh krn kita sealiran, mga kita dpt bergnding bahu dlm memikul amanah ini..I.Allah..
lastly,
ameenn..moga dpt suami doktor..kih3 =D..-dont forget to send invitetion card..-
to cahaya kelapangan:
ya..sama2 kita capai yang paling tertinggi dalam bidang ini...
doakan ana jge yea..
salam...
sama2lah kita brganding bahu
utk gapai redha Allah..
kita kna jdikan bdang ini sgt2
diperlukn dlm msyrkt kita wlaupun dipinggirkn..
InsyaAllah
Post a Comment