Bagaimana kita mahu kekalkan kesedaran untuk ingat Allah sepanjang masa?

Alhamdulillah, segala puji-pujian yang selayaknya hanya kepada Allah, Rabb sekalian alam. Rabb yang sepatutnya kita ingatiNya dalam setiap detik hayat kita. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga  baginda dan para sahabat yang mana telah ditunjukkan kepada kita bahawa mereka telah mengingati Allah ketika mereka senang mahupun susah, ketika mereka aman mahupun ketika berperang. setiap masa, setiap denyutan nadi, mereka tak pernah melupakan Allah. Kita bagaimana?...

Seringkali ketika kita dalam kesusahan atau dalam kesedihan, pasti ada yang berpesan pada kita "ingat Allah banyak-banyak yea"....tetapi ketika dalam kesenangan atau beroleh kejayaan atau ketika dipuji oleh ramai orang..kadangkala pesanan itu seolah-olah dilupakan...Seakan-akan pesanan supaya mengingati Allah hanya ketika waktu susah sahaja..padahal, kita dikehendaki mengingatinya di kala kita senang mahupun susah..

Ingin ana kongsikan apa yang ana dapat ketika menghadiri ijtima`am umum yang lepas.
 Dalam mengekalkan kesedaran untuk ingat Allah sentiasa, terdapat 4 tahap kesedaran yang telah disebut oleh penceramah yang perlu dibina untuk sentiasa ingat dan merasai kehadiran Allah dalam kehidupan sehingga ia menjadi makalah dalam diri kita.
  1. Kita katakan pada diri kita (berbisik dalam diri):                                                              Wahai diriku, aku berada di hadapan Allah dan Allah sentiasa melihat aku.     
          Allah sentiasa dengan kita. Dia memerhatikan segala tindak-tanduk kita..sembunyi-sembunyi pun Dia dapat melihat..apa lagi kalau terang-terangan.. yang pasti..ALLAH sentiasa melihat kita.  

                                    
     2. kita katakan pada diri:
         Wahai diriku, semua yang ada pada diri ini adalah dari Allah.
        
semua yang ada pada diri kita semuanya milik Allah..semuanya datang dari Allah. Tangan, kaki, pancaindera, kecantikan,  idea2 di fikiran..segalanya yang ada pada diri kita..semua dari Allah..

     3. Kita katakan pada diri kita:
         Wahai diriku, apa sahaja yang berlaku di dunia ini, adalah dgn keizinan Allah.

kita demam, batuk-batuk, sakit macam-macam..semuanya dengan izin Allah..kita salah faham, bertengkar dengan teman kita, semuanya dengan izin Allah..kita dapat jawab exam juga dengan izin Allah..Palestin dalam peperangan jua dengan izin Allah...pasti apa yang Allah izinkan untuk berlaku, ada hikmahnya yang perlu kita kaji.

     4. Kita katakan pada diri:
         Wahai diriku, aku pasti akan kembali kepada Allah..mungkin lepas ini aku akan              kembali  kepadaNya...

sudah pasti kita akan meninggalkan dunia yang fana ini dan kembali kepada Allah..tiada siapa yang tahu bila, di mana, bagaimana kita akan kembali kepada Allah..moga Allah mengurniakan kita husnul khotimah...

Seandainya 4 tahap ini kita bina dan menjadi satu makalah dalam diri..insyaAllah kita akan sentiasa mengingati Allah di kala kita senang mahu pun susah. Setiap detik dan setiap saat hanya Allah yang sentiasa kita ingati. Istiqamah tak akan datang andai diri kita sendiri tidak berusaha untuk dapatkan ia..Saya akui  istiqamah memang sukar..tapi kesukaran itu lah yang akan membuahkan ketenangan  yang amat nikmat..Sama-sama kita jadikan Allah sentiasa di ingatan..


ku pohon doa kalian...
       
                 
    

0 comments: